19 June, 2012

Birthday Celebration at Twins Kindy...

My twin turns 3 on last April.. So,kindy diaorg ada buat birthday celebration for those yg sambut birthday from January to April.. Parents kena la bawak apa2 buah tangan untuk budak2 ni. Since my twins suka makan spageti,i just made a spagethi for them.. Dah buat,baru teringat yg kindy diaorg ada 2 org teachers yg berbangsa Hindu.. Poor them,for sure they x makan spageti saya masak.. Sedap wooo.... Hahaha... Biasa la,pagi2 dah bangun n masak spageti,baru la fresh from stove,kan? Hehe...
Ok la layan ja la pic kembar kat kindy diaorg.. Saya bagi camera mintak teachers diaorg amik gambar ni smua..


gambar beramai2..


adik n kawannya

kakak ngantuk ke? dok menguap plak budak ni...

kalau bab makan,budak demok ni la yg akan duduk depan2.. adik...adik...

tgh berebut makanan la plak

bergambar ngan rakan2 satu kelas

budak dorg ni bukan leh duduk dekat2, mula la nak gaduh.. tgk mata si adik dok ushar tajam kat kakak dia

ok... free style... hehe...
Yang tu la serba sedikit pics kat kindy diaorg.. My kembar lani mmg susah sgt nak bergambar.. Ni kira bernasib baik la diaorg nak jugak bergambar.. Nnt tunggu plak untuk kawan2 kembar yg celebrate bday pada Mei-Ogos.. Saya nak masak apa plak untuk depa lepas ni.. Ehmm... Keep thinking!!!

1 comment:

  1. Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
    Doa itu adalah :

    ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)

    Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :
    Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak.
    ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUHdengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya:
    1- ASSALAM : SEJAHTERA.
    Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.
    2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
    Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?
    3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
    Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
    Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
    Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
    Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

    ReplyDelete