18 June, 2012

Cantik ka??

Assalamualaikum,all..
Kali ni,nak crita pasai produk kecantikan.. Sya ni cuma rajin cuci muka ja, segala toner mak nenek tak penah nak pakai.. So,kalau p keja pagi2 tu biasa la, ngan muka berpeluh2, boh la bedak powder tu banyak mana pun nnt hilang jugak.. at last,nampak muka cam x mandi pagi.. Sya ni,nak kata x jaga penampilan, jaga jugak la.. Tapi,disebabkan pagi2 kalut ngan my twins, so semua nak cut n short2 ja.. Tak leh nak make up bagai smua.. So,tepek ja la bedak enchanteur tu kat muka.. Hahaha.. Sama la jugak, kalau nak outing ngan family, pun x penah nak make up.. Jadi la cam muka makcik2 sat.. tapi,makcik2 lani pun tahu nak jaga muka diaorg camna, cuma saya ni ja yg malas.. 
Actually,sepeninggalan saya dari dunia blog ni,saya ada la try satu produk kecantikan ni.. tapi,for trial only la..kalau that thing serasi ngan kulit saya,i will continue that benda..if not,vice versa la kan.. Benda ni terdiri daripada sabun n toner ja.. Keluaran Korea.. Disebabkan barangan tak dak diskaun,so saya kongsi la ngan ofismate saya.. Share sorang setengah.. 


Tab Soap *ehsan google


tab hd
HD Toner *ehsan google


So,sabun ni mmg boleh tahan selama 2-4 bulan,mmg best sgt pakai sabun ni.. Lepas basuh muka, rasa kulit licin/lembut sgt2.. Mmg best.. Sabun ni xleh kena air, sbb sabun ni merupakan sabun jenis organik n mudah terlarut dalam air.. Dan juga jangan terdedah  kepada panas matahari dan keadaan yang panas sbb sabun ni boleh cair.. Toner dia pun best jugak,rasa sejuk ja bila pakai.. Dah la muka saya ni x penah kena toner,so bila pakai tu rasa lembut ja.. Syok sendiri la plak.. Hahaha.. Baru sebulan saya menggunakan produk ini, so nak kata ada perbezaan tu, tak sgt kot..xnampak lagi..ka mmg muka aku ni jenis dah x leh buat apa dh??? *sigh*.. Lupa lak nak gtau, sabun ni harganya RM70 n toner RM80..
Pastu,saya ada jugak guna cover face foundation keluaran Jepun.. Yg ni, mak mentua saya yg introduce kat saya.. My MIL kata muka saya berminyak ja pagi2 nak p keja.. mau tak berminyak, mana la sempat nak makeup ngan ada budak comel dorang tu.. x sempat langsung.. MIL kata, shafa pakai foundation ni,sampai petang boleh tahan.. Yg my MIL test kat muka saya tu, keluaran China..n saya beli keluaran Jepun.. So,lani pagi2 pakai la cover face ni.. tapi,camtu jugak la berpeluh2 kat area muka.. Letak la satu kilo cover face pun belum tentu rupa ku ni akan cantik.. Haha... Tapi,pakai la jugak dari x pakai apa.. 



*ehsan google, contoh ja. Saya amik kod 141

INFO MENGENAI 100% JAPAN MEIKO NATURACTOR:
Naturactor merupakan keluaran Meiko, daripada Jepun yang merupakan bedak yang berasaskan tumbuhan organik. Ia mengandungi ekstrak bunga sakura. Orang Jepun selalu keringkan bunga sakura ni untuk diminum bersama teh. Selain itu, ia juga ada perlindungan dari UV. Ini sangat penting sebab matahari adalah punca penuaan kulit yang no.1.Bunga sakura merupakan bunga yang boleh memberi kebaikan kepada kulit kita. Antaranya adalah :
1. Membantu kulit menjadi lebih lembut
2. Membantu menghidratkan kulit
3. Mengurangkan masalah kulit ( Sesuai unttuk kulit berjerawat)

KELEBIHAN NATURACTOR?
- Anti kilauan/tidak berminyak -100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam
- Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai foundation
- Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
- Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit
- Tahan sehingga 12 jam
- Tidak menutup pori-pori
- Digunakan oleh makeup artis professional & mak anda
-Kulit terasa ringan, tidak melekit & kelihatan gebu,confirm cantik macam artis you :))
-Sesuai untuk majlis pertunangan, perkahwinan,photoshoot dan lain-lain.Hasil solekan akan nampak flawless dan natural.

Sorry la,tuan rumah malu nak tunjuk pic tuan rumah yang x brapa nak cantik tu.. Just terangkan ja la pada semua.. N tuan rumah jugak tidak menjual barang2 tersebut.. Korang semua boleh add  Ika Zalika kat facebook.. 

No comments:

Post a Comment