28 June, 2012

Tumit... oh.. Tumit....



Setiap hujung bulan di tiap2 bulan (faham tak smua), on 25 onwards saya tak bizi pun. Sbb closing account tiap2 bulan.. So,meh la kita opening blog to post a new entry.. Ada keja pun xleh nak buat jugak, sbb dh ttp akaun.. So,ngadap la internet sampai ke petang, sampai la masuk bulan baru plak.. Awal bulan nnt, baru la sibuk...

Nak kongsi skit ngan smua, saya ada masalah tumit merekah sejak akhir2 ni..light2 ja la.. bukan yg heavy duty punya.. Masa anak dara,tumit ai ni cantik ja.. Memang tak penah pakai apa2 lotion untuk penjagaan kaki ni pun.. Redah ja.. Pastu,dh kahwin.. tumit kaki ai ni maintain lagi, lepas ja beranak pinak, mula la dh nampak akan garis2 halus di tumit.. Pastu,bila pegang tumit kaki, punya la kasar.. Arrrghhh...tumit ku dh pecah... Ni mesti gara2 anak amik segala aku punya hormon2 kecantikan (ada jugak ye mak camni, salahkan anak, bukan nak salahkan hormon dlm badan).. WHATEVER!!!! Hahaha... Saya rasa hilang keyakinan dalam 60% camtu (siap kira brapa peratus tu,jgn main2 na).. Pastu mula la sibuk search internet, cream feet n heel.. Cari punya cari, dapat la brand Ellgy..

*credit google* 
 Saya pakai ellgy ni dah tiga suku,tinggai lagi satu suku, cream ni hilang.. Tak tau la p letak mana.. Memang ok ngan saya cream ni, tak payah pakai hari2, pakai seminggu sekali ja, dah boleh rasa kelembutan di tumit kaki dan segala kekasaran di tumit hilang.. Almost a few months jugak la saya tak pakai sebarang cream di tumit since ellgy ni hilang, ka aku buang dh cream ni,tgh rewind balik ni... hehehe...

 Dah lama tak pakai apa2 produk, mula la nak kasar balik tumit tu, garis2 halus semakin galak berbaris di tumit.. Ehhmmm...,ini tak boleh jadi ni, kena beli balik any cream for heel  ni.. Pastu,saya tanya sorang kakak di ofis, dia cakap dia ada guna satu brand ni.. Mmg bagus, siap tunjuk tumit kaki dia kat saya.. Saya pun apa lagi, pegi la watson,p smbar satu cream ni n En. Suami,sila la bayar untuk isterimu ini.. Kecantikanku ini untuk mu jua... Hahaha....

Cream ni tak macam Ellgy tadi yg mana saya mention, kalau pakai seminggu sekali pun tak pa, berlainan plak ngan cream baru ni, kena pakai 3-4 times daily, baru la hampa nampak hasilnya... Kalau korang semua tak pakai 3-4 kali sehari pun tak pa, tapi pakai pagi n time nak tido mlm pun boleh.. APA YG PENTING, KENA ISTIQAMAH DALAM PEMAKAIAN CREAM INI.. Apa benda pun, kalau kita nak cantik kena la pakai berterusan, non stop!!! So, kena rajin la pakai cream ni untuk kecantikan tumit mu... Alang2 dh beli (mahal lak tu), kena la pakai sampai habih.. Dari malas sampai la rajin.. Lani, cek dok tenyeh la cream ni. Sebelum mai keja, tenyeh siap2 kat umah, pastu pakai stokin.. Mlm pun sama, sebelum masuk tido, tenyeh lagi.. Mmg la tumit ai dah ok lani, cuma kena pakai berterusan la nampaknya.. Ini la cream yg cek maksudkan...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
 
 


p/s: Ada jugak saya amalkan pakai ubat gigi kat tumit pada waktu mlm n esok baru basuh.. Berkesan jugak..



No comments:

Post a Comment