16 July, 2012

Daging Masak Pedas


Semalam,masak sup n daging masak pedas.. En. Suami suka sgt.. Daging masak pedas untuk mak pak kembar n sup untuk kembar.. Sup pun buat sup daging bercampur ngan tulang-tulang daging.. En. Suami beli kat Market Kampung Baru, Air Itam.. Mmg fresh sbb daging baru, sat ja rebus daging tu.. Check it out resepinya:

Bahan2:
  • 1 mangkuk daging - direbus terlebih dahulu
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun pandan
  • Kulit kayu manis
  • 1/2 inci halia + 1 1/2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • Cili kering + bawang - dimesin halus
  • Air
  • Garam + gula
  • Kicap manis
  • Minyak
Cara-caranya:
  1.  Panaskan minyak dan tumiskan serai, daun pandan dan kulit kayu manis.
  2. Dah naik bau, masukkan cili kering yg telah dimesin dengan sebiji bawang tadi, masukkan halia dan bawang putih yg telah ditumbuk halus
  3. Kacau sebati
  4. Masukkan kicap manis.. Kicap ni korang kena agak2, jgn banyak sgt, jgn sikit sgt.. Kena pandai agak la. Kalau terlebih kicap,dari pedas jadi daging masak kicap plak.. Hehe...
  5. Selepas itu,masukkan serbuk ketumbar, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  6. Kalau nampak pekat sgt, korang boleh la tambah air.. Saya agak2 je...
  7. Last sekali,baru masukkan daging.. Biar daging meresap dalam kuah tersebut.. 
  8. If daging tersebut telah sebati dengan kuah, korang boleh la ttp api dan hidang kan panas2 bersama nasi putih/nasi lemak.

Tapi,semalam saya masak nasi putih ja.. Mcm malas plak nak buat nasi lemak... So,sila la tgk hasil daging masak pedas saya.. Resepi dari my gojes MIL...





Kepada semua, selamat mencuba kan Ramadhan akan menjelang beberapa hari lagi..

No comments:

Post a Comment