16 July, 2012

Sup Daging

Sup ni untuk budak dorang kat umah.. Depa makan licin sampai mintak tambah 2,3 kali... Pandai anak2 ibu makan.. Dulu, saya mmg x reti masak langsung.. Totally out bab masakan eventhough my parents terer masak.. Masakan my parents boleh kalahkan masakan chef2 terkenal yg lain.. Tapi,sayangnya.... anak depa ni x tau masak, sbb saya anak bongsu, tu yg ngada2 lebih.. Apa skit,mak... Mak nak tu, mak nk ni... Mak cek nak makan ni, mak lama cek x makan tu... mak masak boleh??? Buat manja2.. Okay,gedik!!! My parents bukak kedai makan kat area rumah kami, n Alhamdulillah,perniagaan diaorg mmg laris.. Tu buktinya, semua masakan my parents sedap2 belaka...

Cer bayangkan la, nak buat sup yg sambil pejam mata tu pun, saya xtau nak buat.. Betapa tak tau masaknya saya.. Bila dh pindah umah, baru la padan muka sendiri, nak kena masak, nak kena masak, nak kena masak, nak kena masak. En. Suami plak, suka makan kat umah.. Bila En. Suami soh masak ja, ketaq lutut tgn  smua, berdebar dada, perut terus rasa cam nak membuang, memulas2... Hahaha... Apa lagi, terus call MIL n my mum.. Tanya nak masak ni camna, nak masak tu camna.. MIL n my mum x habaq brapa sudu besaq, brapa sudu kecik, kena pandai agak.. Haaaa.... nak mampuih dah aku, nak agak2 plak.. Mak habaq la brapa sudu kecik cek kena boh, mak saya kata, aku tak tau, aku main masuk ja dlm periuk!!!! So,pandai2 la nak agak smua benda...

Ha... tu la mukadimah saya.. Lani pun dlm proses nak belajar memasak lagi... Nak post resepi sup daging ja, tapi dok melalut panjang...
Okay la,check resepi..

Bahan2:
  • Isi daging beserta tulang daging
  • 1/2 peket kecil Rempah Sup Adabi
  • 1 Sup Bunjut Adabi
  • 2 biji ubi kentang - dipotong 4
  • 1 batang carrot - ikut suka nak potong style apa
  • Sebiji bawang besar - dimayang
  • Sedikit minyak
  • Garam
  • 3 mangkuk air 
  • Sedikit daun sup bawang
  • Bawang goreng
Cara2:
  1. Dalam periuk, letakkan air, daging, sup bunjut dan rempah sup adabi tadi. Biarkan mereneh di atas api yg perlahan sehingga daging betul2 empuk/lembut.
  2. Bila dah hampir empuk, masukkan ubi dan carrot. Dan biarkan pula ubi dan carrot betul2 lembut.
  3. Masukkan garam, sesuaikan rasa. Dah rasa okay semua, ttp api..
  4. Di sini, saya tidak tumis dahulu. Saya tumis darat.. Di kuali yg lain, saya goreng bawang besar dgn minyak. Bila tgk bawang besar hampir garing/kekuningan tuangkan ke dalam periuk yg berisi sup tadi.. Kacau sebati.
  5. Yay, sup sudah sedia untuk dimakan...


Ni la rupa sup saya.. Sup daging amatur.. Sup daging pro akan menyusul kemudian.. Hahaha... TIme ni nak suap kembar makan, tu tak nampak tulang, nampak daging cinonet ja...

K, sehingga ketemu lagi di episod akan datang.. Byeee....... Assalamualaikum....


No comments:

Post a Comment