14 August, 2012

Resepi Sambal Sotong Simple

Saya pun tak ingat dah bila saya masak sambal sotong. Come in one package. Ngan nasi lemak ,ikan bilis, timun n telur rebus.. Tapi, cuma ada pic sambal sotong ja.. Dah kelaparan sgt, tak ingat dah nak amik gambar, ingat nak makan ja... Cekidaut the recipe...



Bahan-bahan:

Bahan tumbuk:
Segenggam ikan bilis-dibasuh terlebih dahulu
1/2 inci belacan
10 ulas bawang merah/bawang kecil

Bahan-bahan lain:
1 tin sotong jenama REX
2 senduk cili kering yg telah dimesin
2 sb jus asam jawa
Garam
Gula
Serbuk perasa (optional)
Sedikit kicap soya - kicap soya ni saya amik dari dalam tin sotong ni
Sebiji bawang besar di potong bulat
Minyak

Cara-cara:
-Tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau.. Dah nampak kekuningan, masukkan cili kering, jus asam jawa, garam, gula serta serbuk perasa dan sedikit kicap soya.. Masak sampai pecah minyak. Kalau kering sgt, boleh tambah air..
-Selepas itu, masukkan sotong dan juga bawang yg dipotong bulat td. Masak sampai sotong dan juga bawang lembut..
-Sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidang.

*Cabai tadi hendaklah dimasak betoi2 sampai pecah minyak. Kalau korang masak sekejap ja, nnt akan bau cabai tersebut, so mmg rasa pun tak sedap..

Ni la rupanya sotong dalam tin tu.. Lembut ja sotong tu.. Mmg instant punya la. tapi, tak bagus la untuk kesihatan kalau dok makan benda dalam tin ja.. Once in a while apa salahnya...

Saya beli yg tin kecik, ada seekor sotong dalm ni, tapi korang boleh siat2 sotong tu jadi kecik2. So,boleh la lepas untuk 2 orang makan.

Jenama REX ni ada logo halal JAKIM..  Sbb tu la saya beli...

Korang semua, nnt try la resepi ni.. Resepi saya semua simple2 ja... hehe... 
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment