01 August, 2012

Resepi Sayur Buncis+Carrot+Udang

Ok,kita bersiaran lagi.. Kali nk mak kembar nak tunjuk mak kembar masak sayur buncis masa berbuka puasa ritu.. Mak kembar mmg suka sgt ngan sayur buncis ni.. Tak semena2, si kembar dorang tu pun suka sama,lagi2 betambah suka bila ada carrot ngan udang..


Check resepi yer..

Bahan2:
Secekak buncis
Sebatang carrot
Udang sederhana-saya beli RM3/nak guna ikan bilis pun boleh
1 ulas bawang putih-dicincang
1 labu bawang besar-dihiris(jhn nipis sgt,jgn tebal sgt)
2 sb sos tiram
Garam

Cara2:
  1. Panaskan minyak dalam kuali..Tumis bawang besar dan bawang putih. Dah naik bau, kecilkan api,masukkan sos tiram.
  2. Selepas itu, masukkan carrot. Kacau sebati. Dh nampak carrot tu agak layu, masukkan buncis.. Tutup kuali dengan penutupnya. Biar sayur tersebut masak dengan wap.. 
  3. Bila sayur dah nampak agak layu(sayur tersebut jgn masak terlalu lama,akan hilang khasiatnya nnt),masukkan udang dan garam.
  4. Sesuaikan rasa.. Dan boleh la dihidang dengan nasi panas2.. 
*kat sini,saya masukkan udang akhir sekali kerana udang ni cepat masak. kalau kita masukkan pada awal masakan, takut udang tersebut terlebih masak akan menyebabkan isinya menjadi agak keras.. Ini saya punya pendapat la.. lain org,lain citarasa.. hehe...

Selamat mencuba semua!!

No comments:

Post a Comment