29 August, 2012

Ujian Dari Allah....


Allah berfirman kepada malaikat-Nya:"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya
(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a) 
 
Firman Allah SWT,
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (Surah Al-Ankabut; ayat 2-3).

 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan.( Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Assalamualaikum,semua.. Saya rindu kat blog saya ni.. Ye la, mana taknya, 4 hari tak diupdate.. Tuan tanah ditimpa ujian dari Allah SWT. Alhamdulillah...

Mmg dh tertulis dalam buku catitan saya yg saya dan En. Suami akan ditimpa ujian ini.. Syukur lagi padaMu Ya Allah kerana Engkau mengingati hambaMu yg daif ini, tapi aku ini insan yang lupa akan kebesaran dan kekuasaan Engkau kerana terlalu leka dan lalai dengan keseronokan duniawi.
Ya Allah................

Sebenarnya saya dan En. Suami mengalami cirit birit dan muntah2 selama 3 hari berturut2.. Hanya DIA sahaja yang tahu betapa sakitnya kesakitan yang kami alami.. Kami start sakit pada pagi Sabtu (25/8/12), mula saya ke toilet,pastu En. Suami plak mengadu sakit perut. Berlumba2 kami ke toilet. Yg sorang cirit birit, yg sorang lagi muntah teruk,mengalahkan orang pregnant yg morning sickness plak. Hari Sabtu tu,kembar saya seperti anak2 terbuang ja, depa dorang juz makan bahulu dengan biskut ja since pagi sampai la petang. Kesian kan kat kembar saya?? Mak pak sakit,anak2 terbiar. Mak pak dah jadi cam ayam berak kapur dah, sorang atas sofa, sorang atas kapet,pastu berlumba lagi ke toilet. Camtu la rutin kami sepanjang hari sabtu tu. Saya sedih tgk2 anak2 saya. Kembar jadi tak terurus langsung, depa mandi pun tak,makan pun tak. Saya sedih bila teringat balik kejadian Sabtu lepas.. Terus saya berkata dalam hati, macam mana kalau aku mati nnt, mcm mana keadaan anak2 aku bila aku dan suami tak dak di sisi depa? Sedih........... Air mata dok keluar ni.... Tgk2 jam 5.30pm,hari Sabtu tu jugak, family En. Suami mai.. MIL bagi mandi kembar, SIL plak tolong pakaikan baju untuk depa. FIL bawak saya dan En. Suami ke klinik berhampiran. Dapat la sorang satu injection, dan bekalan ubat. Malam tu, MIL tolong  jagakan kembar. 

 Ini la my lovely PIL.
 
Keesokan harinya (26/8/12), kesakitan berulang kembali.. Saya masih muntah dan cirit birit, suami plak masih cirit birit lagi.. Semalam kena injek pun tak jadi apa jugak.. Siap cepat2, dalam keadaan sakit tu la kami ke hospital. Masa ni keadaan En. Suami tak ok lagi, tapi bila dia tgk isteri kesayangannya jadi sakit sampai tak leh nak jalan, automatik dia jadi cergas. Kami ke Hospital Lam Wah EE.. Kena cucuk lagi 2 jarum dan dapat ubat.. Balik umah kami asyik makan,tidor, makan,tidor ja... Dah tak leh bangun nak buat apa pun. Malam tu PIL mai dengan bawak ubat penenang jiwa hati kami, sapa lagi kalau bukan kembar. Rasa rindu sangat2 kat depa. Peluk,cium kembar. PIL bawa buah2an untuk kami.. Tapi, saya tak berselera nak makan,sebab bila makan,muntah balik.. Pastu, PIL bok balik kakak. Tinggal la adik dengan kami. Adik pun tak sihat. Batuk teruk... Kena amik nebuliser,baru la batuk dia akan ok.. Sebab tu la PIL tak bok balik adik.. Malam tu pun,kami asyik ulang ke toilet jugak. Sakit perut setiap minit,memulas2...

Pastu, pagi Isnin (27/8/12), mmg dah tak tahan lagi, masih rasa pening, nak muntah,cirit makin berkurangan.. Kami ke klinik tempat saya bekerja.. Doktor terus drip air 2 pain, cucuk ubat muntah dan ubat sakit perut.. Duduk la saya dengan En. Suami kat bilik pemerhatian selama 5 jam, dapat la MC 2 hari untuk berehat. And now, Alhamdulillah.. Kami berdua dah sihat, tapi ada la sakit perut skit2.. Lani,kena makan soft food ja.. No pedas2 semua.. Takut jadi camtu balik.. Mintak simpang la... TAKUT!!!!!



Apa yang saya boleh katakan ialah,saya tahu UJIAN ALLAH itu sebenarnya indah...

No comments:

Post a Comment