04 September, 2012

Kisah kelahiran si kembar...

Kali ni nak cerita ceriti pasai anak kembar saya.. Diaorg dilahirkan pada 3/4/2009 di Hospital Besar Pulau Pinang.. Tarikh tu sebenarnya tarikh check up saya,tapi bila doktor pakar scan,kepala kembar dua2 dh ada bawah, so dia cakap,anytime u boleh delivered. Ehmm... time tu GL mmg dok ada dlm beg tangan dah.. Saya siap boleh jalan sendiri ke Hospital Bersalin sbb sebelah menyebelah ja Klinik Kesihatan dengan Hospital Bersalin ni. Dlm pkl 3 petang camtu, doktor  letak ubat untuk nak bagi senang bersalin. Sejam tak boleh turun dari katil. Baring la saya atas katil kat spital tu.. Dalam kepala otak ni,dok pikiaq mcm2.. Takut ada,berdebar ada.. Sebab ada org cakap,kalau bersalin kembar ni,sakit dua kali.. Ya Allah,betoi ka sakit dua kali??? Takmau sakit banyak2 kali, nak sakit sekali ja. Kat mulut ni dok terkumat kamit dok baca doa Nabi Yunus... Kat pukul 4 petang camtu, En. Suami mai bawak bekalan makanan, sebelum tu dah cal En. Suami,soh beli nasi ngan air limau ais.. Tengok2 dia mai, bawak nasi ja,air tak beli... Dh la saat2 akhir tu teringin gila2 nak minum limau ais. Tak pa la,lepas ni minum, REDHA ja... Hehe...

Pukul 4 camtu,rasa cam nak terkucil.. Panggil nurse kata nak p toilet, dia kata pi baik2. Nasib baik la katil aii dekat ja ngan toilet. Dh p toilet tu, bukannya nak terkucil tapi rasa cam nak terkucil,rupa2nya nak keluar darah dh.. Apa lagi, jerit la panggil nurse habaq kata dh keluaq darah.. Dia pun bawak saya pelan2 dok atas wheel chair, terus ke katil depan untuk buat pemeriksaan. Dh la rasa cam nak terkeluaq baby ja ni, time tu la depa plak dok boh mcm2 alat atas perut,lepas tu,mai plak satu2 doktor dok check dh terbuka berapa cm.. Masa doktor dok check tu,mmg tak sakit langsung.. Hehe... Pukul 5 mcm tu,doktor check lagi dh terbuka 4cm,so depa kalut la tolak aii p labour room... Time ni dh jadi mcm orang tak betoi dh.. Sat2 contraction,sat2 contraction.. Masa sakit dok memulas tu,dan lagi saya dok pulas2perut En. Suami sbb dok tahan sakit.. Lepas tu,boleh nurse tu marah saya,dia kata jgn dok teran sgt satg terkoyak lagi sakit,saya kata tak teran aih,mmg dok rasa nak terkeluaq dh ni.. Cepat2 dia panggil doktor.. Lepas tu,kesian kat En. Suami,dia tak boleh nak tgk aii bersalin sbb doktor kata isteri u bersalin kembar,u tak boleh tgk.. Keluar la husband aii,tinggal la aii sorang2 bertarung nyawa... Time tu pikiaq nak mati ja,tak pikiaq lain dh..  Doktor bagi pecah air ketuban, pastu mula proses push meng'push' ni.. Hahaha... 3 kali aii push. Tepat pukul 7.23pm,keluar la si kakak, selang dua minit, 7.25pm, adik plak keluar. Time diaorang dilahirkan,azan maghrib sedang berkumandang diiringi dengan hujan yang lebat. Masa si adik keluar, mmg tak rasa sakit langsung.. Tgk2 si adik dh ada atas dada dh... Ya Allah,indah sungguh ciptaan Kau.. Lepas ja bersalin,mmg penat sangat2. Badan,kaki semua dah ketaq sebab dah kekurangan tenaga dh. Ye la,tak makan apa langsung,just minum milo ja masa dlm labour room.. Masa doc dok jahit pun,aii tak rasa apa... Hahaha... Tak tau la depa boh ubat apa...

Menurut kata En. Suami,lepas ja kakak keluar,badan,muka kakak jadi biru. Lepas tu,depa tolak kakak p NICU Ward,En. Suami ikut nurse p sampai naik atas. Dia tanya kat nurse, nurse kata sebab ada masalah skit.. Masa tu,aii tak tau apa,still dlm labor room lagi.. En. Suami dok cerita,dia punya risau la. Takut apa2 jadi kat anak dia. Lepas 10 min camtu, baru nurse tu kata anak Encik ok,tak dak masalah apa cuma depa lambat nak bagi dia muntah keluar kan segala kekotoran dari badan dia. Boleh gitu... Mengarut betoi la. Jadi apa2 kat anak aku,aku sue hampa.. Hahaha....

Pastu,pukul 10pm baru la depa tolak saya p kat ward.. Sebelum tu, En. Suami dh azan kat depa dh.. Lepas tu,bermula era saya menjadi seorang ibu kepada dua orang cahayamata.. Malam tu,depa tdoq ja.. Nangis tak,apa pun tak.. Bagi susu pun depa tak brapa nak minum ja.. Masuk malam kedua,dua2 dok buat perangai dah. Nak susu,tapi mcm mana nak bagi. Dua2 nangis serentak nak minum,dah la saya sorang ja. Last2,nurse dok dengaq si kakak nangis sgt2,depa amik kakak,letak kat depa.. Depa bagi susu formula kat dia,sbb saya cakap saya tak dak susu... Dh nak pagi,baru la depa bagi balik kakak kat saya. 2 malam saya berkampung di hospital.. Sungguh,memamg memenatkan!!!! Dengan nak jaga jahitan lagi,nak tengok anak lagi.. Ya Allah,dugaan pertama bergelar ibu kepada dua orang cahayamata...


Kakak,lahir pada 7.23pm


 
Adik,lahir pada 7.25pm


3 comments:

  1. bestnyer dapat lahir twin normal...harap2 sayapon gitu juga..best

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah... Allah akan permudahkannya...

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat deliver normal saya c-zer sebab salah sorang songsang :)

    ReplyDelete