31 October, 2012

Kek Coklat Nuanza- Resepi Asas



Assalamualaikum, sebenarnya hati ni teringin benar nak buat kek coklat sendiri.. Selalunya aku beli ja kat kedai atau order kat kawan2.. Bila surf internet, kebanyakkan blogger masakan ni kata kek coklat ni la kek yg paling senang nak dibuat.. So,sejak pindah umah baru,mmg keinginan nak buat kek lagi membuak2..

Pastu, aku pun search la resepi kek coklat ni... Rupanya macam2 version ada.. Boleh dikukus dan dibakar.. Disebabkan aku tak dak oven, so aku buat yg kukus punya la.. Jadi, aku pun try resepi dari blog kak mas. Kak mas pun try resepi kek coklat ni dari blog Nuanza. Resepi ni mmg mudah dan sgt sedap.. Sehinggakan En. Suami pun puji tau.. Si kembar toksah kata la, tiap2 hari nak kek coklat ibu buat tu.. Amboi,pandai anak2 aku dok amik hati aku... Lepas ni En. Suami kata tak yah dh dok beli kek coklat, ibu pun boleh buat.. Ha, kembang kempis badan aku... Hehehe... Seronok tau kalau suami puji melambung.. Rasa cam nak lambung2 En. Suami plak... Hahaha.... Lap u la ba!!!! Kita check resepi ye.

Kek Coklat Nuanza - Resepi Asas
              Mas-Duniaku

Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported) - aku pakai serbuk koko yg biasa ja
1 3/4 cawan gula pasir
1 1/2 sudu teh membumbung baking powder (sudu kfc) - aku guna sudu metrik 
 1/2 sudu teh membumbung baking soda (sudu kfc) - aku guna sudu metrik

(satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)


Bahan B :
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair - aku pakai fresh milk
1 1/4 cawan air panas
2 biji telur gred A (kalo gred B/C, guna 3 biji) - pukul sedikit macam nak buat telur  dadar

(satukan semua bahan B)  

Cara:
Masukkan bahan B kedalam bahan A
Gaul sebati sampai hilang ketul2
Boleh ditapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nnt - yg ni aku lupa nak buat, tapi Alhamdulilah kek aku menjadi, dan tak dak ketul
Masukkan kedalam loyang saiz 7 @ 8 inci
(loyang disapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis atau gunakan kertas minyak) - aku sapu loyang ngan butter ja

Bakar selama 1 jam 15 min atau sehingga kek masak
Adunan juga boleh dikukus 



Memang ajaib...

Aku nak cerita pasai pemanggang ajaib yg aku beli last 2 weeks... Dh macam2 yg aku buat ngan pemanggang ajaib keluaran Syarikat Menang ni.. Memang berbaloi la beli, harga RM120 sahaja... Sebelum beli tu, surf interne dulu pasai pemanggang ni, most of the review says dat this things was good.. Boleh bakar, boleh panggang of coz la kan, dah nama pun pemanggang, hehehe....


Ni la rupa Pemanggang Ajaib Syarikat Menang

Aku dah cuba buat bengkang pandan/kuih bakar pandan, daging bakar, kek coklat, ikan bakar, goreng hotdog,fried dalam tu.. Tapi aku tak berapa nak prefer kat korang semua kalau nak goreng fries/wedges.. Aku rasa cam ubi tu tak masak la plak.. At last, aku goreng jugak dalam minyak fries n wedges tu.. hehe...


Kuih Bakar Pandan in the making




 Chocolate Cake in the making



Tak rugi tau kalau korang beli pemanggang ni.. Entry ini tidak disponser ye.. Aku yg nak tunjuk sgt kat korang semua yg aku ada pemanggang ajaib dan aku dah buktikan yg apa dalam internet tu betul.. Hehe.. tu je nak bgtau... Nyampah kan!!!!!

25 October, 2012

Salam AidilAdha...




Kepada semua reader, saya dan family ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua... Sama2 la kita menginsafi diri kita...

24 October, 2012

B & A

Punya la malas nak type b4 n after, tajuk entry pun aku letak camtu ja... Ok korang semua, aku dah pakai Mederma ni selama 22 hari. Ada la jugak aku ter'skip' pakai sbb aku tido awal. Aku macam tu la,bila bagi anak tidoq ja, aku pun bantai tidoq ngan depa skali... Terkejut jaga rasa cam dah lama gilos tidoq, padahal tgk jam baru pukul 1.. Camtu la aku lani. Bukan ja lani, sejak2 ada anak la aku rasa... Letih wei!!!! Kadang2 tu aku lari masuk bilik sbb bapak kembar plak nak tidoq kan depa, last2 dua2 nnt nangis cari aku. Kok mana pun, dua2 nak aku... Tu yg aku bantai tdoq tu.. 

Aku nak tunjuk perubahan pada muka aku sejak aku pakai Mederma ni...

Sebelum pakai Mederma, ada tompokan yg kaler coklat, lepas pakai Mederma selama 22 Hari, kesan tompokan semakin pudar...

Ada perubahan tak???? Muka aku mmg ada parut yg gila2 punya,tapi kat pipi ja. Kat tpt lain cantik ja aku tgk... Aku tgk la... haha.. Orang lain tgk, tak cantik mana pun... Ni pun sbb aku salah pakai produk masa aku dok U dulu.. Aku pakai Clean n Clear masa time blajaq dulu.. Masa aku sekolah, muka aku satu parut pun takdak... Dan aku tak pernah ada pencuci muka tau.. Aku amik sabun LUX tu buat cuci muka aku.. Hahaha... Lawak sgt... Orang sabun badan,aku sabun muka.. Pastu, terjerit2 sbb pedih,sabun masuk mata... Lepas aku pakai clean n clear la muka aku jadi teruk.. Biasa la nak ikut kawan. Kawan pakai apa, aku pun nak pakai.. Last2, muka kawan aku elok, muka aku plak yg bergerutu... Hahahaha....

Start pada tu satu satu jerawat tumbuh kat muka aku.. Lepas tu dia tinggal parut plak.. Adoi la, terus tak rasa muka cam Miss World dah, dah rasa cam muka Miss Moon dah.. Boleh plak, time tu mak pak aku bising kat aku sbb muka aku naik jerawat dan ada parut punya la banyak.. Mau tak marah, masa aku sekolah, depa tgk anak depa comel ja.. Tiba2, masuk U, naik jerawat cam  hapa. Aku salahkan faktor persekitaran sbb aku originality from Penang, kulit aku smua dah biasa ngan Penang,tup tup kena p Perlis plak... Hehe.. Tu yang kulit aku tak leh terima... Haha... Manusia mmg tak mau mengaku kesalahan sendiri....

Untuk hilangkan terus parut aku ni, aku kena pakai lagi untuk 2/3 bulan secara berterusan. Baru la nampak cam Miss World balik. Hehehe...

Sebelum kena kutuk ngan korang semua, baik aku blah dulu.. Choww!!!!

Barangan St. Ives

Assalamualaikum... Berjumpa lagi... Tinggal lagi 2 hari ja nak sambut AidilAdha.. Tapi,tak buat apa2 persiapan lagi.. Umah pun tak berkemas lagi.. Nasib baik la dapat half day esok, so boleh la nak kemas apa yg patut. Masak??? Aku tak masak kot.. Kami sekeluarga nak akan beraya di rumah PIL and my parents.. So, tutup pintu dapur siap2. Hahaha... Teruk punya menantu/anak....

Actually, nak bgtau kat semua. Aku suka sgt pakai barangan jenama St. Ives ni.. Aku suka bau aprikot dia.. Wangi. Aku start pakai scrub muka St. Ives ni masa aku dok bergelar student U lagi. Ye la, pegi kelas, kena jalan kaki, pegi beli makan,kena jalan kaki.. Muka dah jadi berminyak, berlekit dah. So, aku pn try la beli scrub ni.. Mula tu, saja2 ja beli sbb nak nyahkan kotoran di muka.. Lepas tu, habih ja aku beli, harga pun dalam RM15-RM20 kot. Aku tak ingat la. Sebab aku pakai leh tahan lama.. Kita ni bukannya selalu boleh scrub muka.. Nnt kulit muka akn jadi terlalu kering sgt. Seminggu dua kali aku akan scrub muka aku ni.. Best sgt, sbb scrub dia ni kasar2, so rasa segala kekotoran di muka akan hilang...

Lepas tu, En. Suami plak kenalkan aku dengan mandian St. Ives ni. Terus tangkap cintan.. Mmg best sgt baunya.. Rasa wangi ja... Lepas korang dah sabun badan korang, kulit akan rasa lembut  dan wangi. Satu toilet tu boleh bau wangian mandian St. Ives...

Ini la dia mandian dan scrub keluaran St. Ives yg menjadi pujaan hatiku.. hehehe...

19 October, 2012

Madu

Salam Jumaat untuk semua!!! Semenjak dua menjak ni, aku ada beli madu untuk anak kembar aku tu.. Disebabkan diaorg asyik on off ja batuk,ada org suggest soh aku bagi makan madu kat depa.. Start last year baru la aku bagi madu kat depa. Madu tu kan panas skit,sebab tu la aku tak bagi masa depa kecik,boleh bagi alasan camtu??? Padahal boleh ja nak bagi time baby tu,c uma biasala aku kan ibu muda,takut la benda2 camtu semua..

Mula2 beli madu tu,aku beli Madu Naqia Dengan Herba Za'faran.. Harga dalam RM15-RM20 camtu.. Ikut kedai yg aku p beli la kan.. Ada dalam 2/3 botol jugak yg aku beli kat si kembar.. Lepas ja habih madu tu, aku pun tak bagi dah kembar makan apa2 madu.. Tak tau pasai pa tiba2 aku stop bagi madu kat depa... Hehehe..

*pic ehsan google*
Madu Naqia Dengan Herba Za'faran


Lepas tu, dalam tahun ni jugak la, tak ingat bulan berapa,aku bagi balik madu kat depa. Kali ni aku tak beli Madu Naqia tu dah, aku beli Madu Tualang Tiga dengan campuran Habbatus-Sauda. Selalunya aku beli botol besar,sebesar botol kicap cap kipas udang tu,tapi tak gemuk camtu la,sedang2 ja, harga dalam RM75. Yg kat bawah ni, aku beli yg harga RM50 sebotol... Yg besar tu dh tak dak stok,tu amik yg kecik dulu. Tambahan plak ada ofismate yg boleh tolong belikan sebab dia dealer kot.. Aku rasa la,aku tak pernah tanya pun samada dia dealer or not,aku belasah beli ja.. So far,Alhamdulillah.. Masuk ni dah botol ke 4 twin makan madu ni.. And depa pun suka sgt2 ngan madu. Kalau aku lupa nak bagi madu kat depa, depa la yg akan remind aku.. Biasa la,faktor usia,mmg aku cepat lupa lani... Hehehe...


 Ni la rupa Madu Tualang Tiga dengan campuran Habbatus-Sauda


Ok la,till then,daaa....

18 October, 2012

Cerita 2009/2010/2011

Salam semua.. Lama gak ku tak bersiaran kan?? Ehmm... Biasala mood malas dah menguasai diri ni.. Nak diikutkan ada banyak benda yg nak diceritakan kat semua,tapi apa kan daya, ku hanya la manusia biasa.. Huhu... Actually aku nak cerita pasai anak kembar aku tu.. Masa twin dalam 5/6 bulan camtu, dua2 batuk berkahak dan berbunyi. Mula2 diaorg selsema,pastu mula la dok batuk tak brenti.. Kita pun kesian kt depa. Ye la dua2 kecik lagi.. So, amik solution, we go to paed. P la Hope Children Hospital (HCH) kat Jalan Perak, Penang.. Paed cakap paru2 anak u ada kahak banyak n lebih tepat lagi anak u kena acute bronchitis. Twin alah pada habuk, sejuk, buah2an.. Dia bagi ubat dulu untuk 4/5 hari camtu, kalau tak ok, kena p balik kat HCH.. Yg kerap sakit masa kecik ialah ADIK.. Si kakak pun sakit gak, tapi tak sekerap adik la.

Dari umur 6 bulan hingga ke usia nak menginjak ke satu tahun, mmg kerap sgt kami bawak twin ke HCH. Bagi ubat pun tak jalan, last2 paed kata amik nebuliser la.. Paed cakap,kalau makan ubat,mmg akan ada effect untuk bayi,so dia sarankan twin amik neb untuk elakkan ada kesan sampingan kemudian hari.. Dalam jangka waktu tu, mmg dok ulang alik la p boh neb.. Lepas tu, kakak aku bagi cadangan, dia kata p Klinik Abdul Rahim (KAR) boleh sedut kahak.. Kat anak yg no 2 tu, dia bok p KAR,lepas sedut, mmg dah tak dah kahak.. Aku pun apa lagi, p la klinik tu plak. Jauh pun jauh la... Nasib baik la klinik tu panel klinik aku. So tak yah la bok kluar duit apa semua.. Mmg kesian la kat depa bila p sedut kahak tu, depa nangis sbb sakit.. Nak keluarkan kahak tu kena guna tiub halus ja, dia masukkan kat hidung ngan mulut.. Mmg banyak sgt kahak yg keluar. Doc tu bagi ubat. Dia soh minum dulu ubat tu semua. Dan dia bagi nasihat, jangan mandikan anak dengan air sejuk, kena guna air yg suam2, jgn bagi makan buah2 kat depa.. Pastu, doc KAR ada cakap, kalau u nak senang pun, bila anak u masuk 3 tahun, sakit depa akan berkurangan... Ok noted!!!!

Lepas p sedut kahak, ok la aku tgk si kembar tu.. Pernafasan depa pun dah tak dengar bunyi2 dh.. Lega balik.. Pastu,aku perasan, kalau kerap sgt hujan, pastu panas,hujan balik, mesti anak2 aku akan batuk teruk.. Tak tahan sgt dok dengar so kembar dok batuk teruk, bapak kembar bawak p Hospital Lam Wah Ee.. P jumpa pakar kanak-kanak kat sana plak, Dr. Chua. Dia check dada depa, terus dia soh masuk ward.. Mau kat seminggu jugak la aku berkampung kat situ.. Tambahan si kembar tu dah dapat kaki dah time tu, asyik la nak berjalan, nak berlari.. Aku mmg penat sgt2.. And my MIL tolong jaga kembar jugak kat spital... Dia bagi antibiotik, ubat batuk, pastu kena neb 4 jam sekali... Masa ni, dua2 dah pandai, depa punya la menjerit masa nak boh neb tu.. Pening kepala... Dengan depa tak cukup tidor,sat2 kena bgn boh neb... sat2 kena bgn makan ubat.. Mengamuk la dorang tu. Masa tu umur depa setahun lebih kot.. Lepas keluar spital, ok la skit.. Tak la teruk sgt batuk depa.. On off, on off la... Sekali2 tu ada jugak la kami p HCH untuk dapatkan neb kat depa... 

Si adik lagi, time ni mmg dia ja yg kerap batuk. Masa ni umur dua tahun...

At last, paed HCH suggest kami beli mesin neb. Dia pun kesian kat kami, sehari nak p amik neb ja, mau kat RM65, untuk dua orang ja dah berapa?? Nak amik neb ni, bukan sehari ja, mau kat dua tiga hari berturut2.. Ehmm... Untuk anak2 apa saja la... So,bapak kembar pun setuju ngan suggestion dari paed.. Kami pun belikan la mesin neb untuk twin. Lupa plak nak snap pic mesin tu, jenama PARI. Harga dalam RM 300++, campur ubat-ubat neb, kat RM550 jugak la kos keseluruhannya.. Paed tu dah bagi preskripsi ubat untuk neb. Kami akan neb kembar bila perlu saja. Kalau diaorg batuk tak brenti, baru la kami akan neb. Kalai setakat batuk biasa tu, just makan ubat ja la... Lani kembar dah pun umur 3 tahun lebih, batuk masih ada, cuma kena jaga pemakanan, persekitaran depa la. nak bawak p shopping complex pun kena bagi pakai sweater n sapu vicks kat dada.. Tambahan plak, si kembar ni lahir tak cukup bulan, tu yg senang nak sakit... Alhamdulillah, time depa pelan besar ni, pelan kurang sakit... Setakat demam tu biasa ja la...

Sebagai seorang ibu, aku nak anak2 aku sihat.. Nak keluarkan duit pun ribu2 aku tak kisah, asalkan depa sihat .. Duit boleh cari, tapi anak2 boleh ka nak cari lain?? Mmg la ada org kata, hg beranak lain, hg ada anak lagi apa.. Tapi, setiap anak tu semua sama ka? Kalau lani aku bersalin kembar, esok ni, aku dapat kembar lagi ka? Wallahulam...



09 October, 2012

"Saya mahu KEKAL cantik dan sihat dengan Shaklee ESP. Jom dapatkannya pada DISKAUN HEBAT di UmmiIrfan.Com"

Salam semua.. Ummiirfan ada buat GA yg best.. So,korang semua leh la join dis GA..


 

Tarikh tutup penyertaan: 10 Oktober 2012

Sila klik pada banner untuk join GA...


05 October, 2012

Kesukaan dan Ketakutan....

Assalamualaikum,semua.. Salam Jumaat yg penuh barakah.. Hari ni murah rezeki sebab kat ofis ada org sponsor nasi lemuni dan bagi nasi lemak.. Alhamdulillah.. Syukran Jazilan...

Baru2 ni aku ada langgan Astro Super Pack, maknanya ada la channel movies. Hari apa ntah, aku tak ingat la, ada la cerita Lord of The Ring (LOTR). Dulu aku tak penah nak layan cerita ni, bagi aku cerita zaman dulu2 ni tak best. Tapi,ada la 2/3 bulan lepas kot, cerita ni tayang kat TV2, en. Suami kata kat aku, ibu cerita ni best tau, aku pun, ha,ya ka? ok, nak tgk... Aku tgk sampai hbh la part 1 tu. Pastu, sambung plak part 2 seminggu lepas tu, sampai la ke part 3. Dh tgk part 1 tu, nakkena tgk part 2 plak, dh tgk part 2 cerita tu dok panggil2 soh tgk part 3 plak... Parah aku camni... Patut la masa zaman kegemilangan LOTR ni semuapakat nak tgk kat wayang, cuma aku ja yg tau ke'best'an cerita ni.. Lepas tu, biasa la,ASTRO kan suka tayang cerita yg sama berkali2, aku pun siap buat reminder nak tgk cerita ni lagi. Dh tgk pun nak tgk lagi.. Best la cerita ni.. Aku suka... Memang tak jemu la aku tgk cerita LOTR ni.. Masa cerita ni do meletops kat panggung, aku buat dunno ja. Lani,kalau boleh tiap2 hari mau... Hahaha... Dasar sungguh kennn???

Aku bukan nak buat review pasai cerita LOTR ni, tapi aku nak gtau kat semua yg aku suka sgt2 kat Legolas aka Orlando Bloom.... So smart la... Disebabkan aku suka kat dia, korang harus la tgk pic dia ye... 


 So smart ...

 Aku suka kamu,kamu tahu tak???


 Ha,tgk apa tu??

Yg tu ja la pic Legolas yg ada.. Yg lain biarlah tersimpan didalam memori.. Hahaha.. 

Bukan aku ja yg suka tgk cerita ni, En. Suami pun sama. Kalau aku suka kat Legolas ni, En. Suami plak suka sapa????? 
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


 Arwen, aku pun suka gak si Arwen ni, sbb comelssssss sgt....


Eowyn ni pun En. Suami suka, tapi aku tak berapa suka kat dia sbb muka dia so so ja... Hehehe...

Ni cerita si kembar plak,depa tak suka sapa2 since depa pun tak tau nak habaq kot sapa cantik,sapa hensem kan. Yg aku tau, depa takut sgt2 kat satu watak ni... Masa mula2 aku tgk cerita ni pun,aku pun cuak gak tgk muka deni.. Tapi,lani aku ok dah... Hehehe... Kembarkan depa takut kat deni
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


Lani,kalau depa dok gaduh2 aku kata ja Gollum,depa lari bertempiaran... Hahahaha.... Tau takut!!!!


*all pictures were taken from GOOGLE

03 October, 2012

Pertama kali.....

Salam,semua.. Hari ni tak nak WW.. Dah lama tak cerita kat sini.. Pagi ni saya nangis sebab rasa down sgt2.. Sapa2 yg ada anak kembar mesti pernah rasa perasaan mcm ni... Semalam,masa amik kembar balik dari kindy, teacher depa dah pesan kena pakai baju gown sbb esok ada acara bergambar. Pagi ni,mak kembar pun siap2 la kembar cantik2.. Pastu,dah masuk kereta,si kakak plak ternampak susu coklat dutch lady dalam beg breakfast depa.. Apa lagi, pakat amik la susu coklat tu sorang satu.. Aku dah warning dah kat depa, sampai kat sekolah baru boleh minum, jgn minum dalam kereta nanti tumpah kena baju.. Si kakak pegang ja, yg si adik ni, tak ikut arahan, dia p amik straw dok cucuk kat susu coklat tu. Sampai kat parking sekolah depa, si adik habaq, susu coklat tu tumpah kat baju gown dia kat area lutut,so aku imagine,kalau amik gambar sure tak nampak punya sbb bhgn bawah.. Yg tu aku boleh tahan lagi, tapi aku berletiaq jugak la kat si adik ni.. Lap2, hilang la kesan susu coklat tu kat baju gown tu. Yg aku naik angin sampai nangis tu sbb dia tumpahkan susu coklat tu dari paras dada sampai paras lutut sbb dia malalak nak ikut aku p keja... Arrrgggghhhh................................. Aku rasa mmg dah nak jadi raksasa dah time tu tadi, sbb cikgu depa ada,aku control... Time ni air mata aku dah bergenang dah.. Teacher depa dok kata kesian kat ibu kamu,tgk baju kamu dah kotor,mcm mana nak amik gambar. Teacher depa kata ada bawak baju spare tak? Aku kata mmg la ada baju, tapi tak dak la baju gown, tshirt ngan seluar pendek ada la. Aku kata lagi,tak pa la, saya p amik baju depa yg lain la, satg saya mai bagi. Time tu jam dah pukul 8.10am, aku masuk keja 8.10am. Arrrgggggghhhhhhhhhhhhhhhh............... Masa ni,si adik dok melalak tak ingat dunia kat belakang, aku jalan buat bodo ja, Pujuk pun tak,apa pun tak.. Jalan pun aku dok nampak mcm ada air ja, ye la, air mata dok bergenang.. Masuk2 kereta, air mata terus turun cam hujan lebat.. Hahahaha.... Boleh gitu??? Pasai anak aku nangis sungguh2 mcm tu... First time aku nangis sbb aku rasa down/tension sgt2.... Dh la lambat nak pi keja, si adik plak buat hal, aku nak kena patah balik p umah plak p amik baju depa yg lain. At last,sampai tempat keja pukul 8.50am....

Budak konet ni buat mak dia nangis pagi ni... Hahaha.. Kena buli ngan anak sendiri

Ok la, tak mau cerita dah pasai ni. Bila teringat balik cam lawak ja, ada ka sorang mak menangis pasai tension anak dia buat cam tu??? 


Ni lagi satu story, nak cerita pasai produk yg aku baru ja beli semalam.. Aku dok tgk produk ni dah lama, tapi takut nak beli sbb kang beli tak dak apa2 kesan plak kat aku ni. Sebelum tu dah gitau kat bapak kembar,nak beli produk ni. So bapak kembar bagi duit, aku pun apa lagi, p la beli produk tersebut. Semalam baru aku start pakai produk tersebut. Mmg sejuk ja bila apply kat muka, berbau wangi ja.. Aku beli produk ni pun sbb nak nyahkan makhluk2 asing kat atas muka aku ni.. Sbb makhluk asing ni la muka aku tak cantik2. Hahaha.... Statement angkat diri sendiri!!!!

Time to reveal... Produk apa la yg aku dok canang2 dari tadi ni.. 
Memperkenalkan (drum roooooollllllllllllllllllll)
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'


MEDERMA

Ye,aku baru ja pakai Mederma ni semalam. Hahaha.. Baru pakai semalam,dah nak kecoh.. Bukan apa,bila aku post entry pasai Mederma kat sini,aku tahu la bila aku guna benda alah ni.. Korang nampak tak kat situ aku letak tarikh, senang sikit aku nak tahu berapa lama aku dah guna produk ni. Bukan produk ni ja, syampu,lotion, segala benda apa aku baru beli, aku akan letak date of purchase kat situ. Baru la aku boleh tahu satu2 barang tu aku guna berapa lama.... Back to my story, best tau pakai Mederma ni, gel dia berbau wangi, tak melekit. Aku beli Mederma ni kat Watson. Sebelum beli kena survey dulu harga.. Hahaha... Aku survey kat Guardian,harganya RM 39.50, kat farmasi tempat keja aku pun sama harga. Aku beli kat Watson,korang tahu harga berapa???? Aku beli RM 31.80 ja..  Mmg murah bangat.... Tunggu lagi, aku sambaq ja la. Dh la tinggal satu ja.. Budak Watson tu kata, produk ni cepat habis kak, tu yg tinggai satu ja.. Lagi la aku konfiden nak beli sbb most wanted product kan???? hehehe...Dan aku orang yg paling bertuah malam semalam sbb aku dapat beli Mederma ni dengan harga yg murah berbanding kat tempat lain.

Sekilas pandang mengenai Mederma:
  • Harga: Depend pada pasaran kot. Aku pun tak tau. Sbb aku tgk kat Guardian harga lain, kat Watson harga lain,dalam internet harga lain. Korang mmg bertuah mcm aku kalau dapat harga murah.. Hehe
  • Berapa kali nak apply: Korang boleh apply 2/3 kali sehari atau 24 kali sehari. Hehehe.. Ikut korang la.. Mcm aku,aku kan kedekut sikit, so aku apply 2 kali sehari ja. Pagi n malam.
  • Cara nak apply: Korang sapu gel Mederma ni kat tempat yg berparut. Tak kisah la parut jerawat ka, parut luka ka,apa2 parut ja la.. Sapu sampai gel ni meresap kat dalam liang2 kulit korang.
  • Tempoh mengambil Mederma: Yg ni bergantung kepada keseriusan parut korang tu. Yg aku baca kat preskripsi dia tu, kalau parut yg baru amik masa dalam 8 minggu camtu, kalau untuk existing scars plak mungkin amik masa dalam 3-6 bulan atau lebih. Pendapat aku,kita kena istiqamah dalam pemakaian Mederma ni,baru terbukti keberkesannya.
Selain tu, ia juga boleh menegang,melicin dan mencantikkan kulit selain menghilangkan kesan parut..

Sbb nak cantik, aku berazam aku akan guna Mederma ni sampai la parut aku hilang. Dh habis nnt aku beli lagi, dan lagi,dan lagi,dan lagi,dan lagi.... Hehehe....

Lepas 2/3 bulan pakai,aku akan tunjuk kat semua kulit aku sebelum dan selepas pakai Mederma... Okay......

02 October, 2012

Pengorbanan Seorang Isteri

Artikel yg indah tu semua para isteri.. Ya Allah,betapa mulianya pekerjaan sebagai seorang isteri.. Mmg menitis air mata bila kita dalami artikel ni...
  
Sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki asing, bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki tetap masih orang asing dalam kehidupannya.

Kini dia menyerahkan maruah dan kehormatannya kepada lelaki itu yang mungkin akan menjadi satu-satunya teman hidupnya sampai bila-bila. Ini dikira satu pengorbanan. Mungkin boleh dikatakan, inilah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh seorang wanita bila bergelar isteri.

Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.
Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman. Atau memenuhi pelbagai aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Semua itu tidak dapat dikecapi lagi. Dia kini sudah terikat dengan tanggungjawab kepada suami.

Kemudian isteri akan menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.

Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami, seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan aib suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.

Kalaupun kehidupannya selepas berkahwin diliputi kesenangan, pasti ada waktu-waktunya isteri perlu dan harus berkorban. Si isteri sendiri mungkin tidak merasakannya sebagai satu pengorbanan kerana dia gembira melakukannya demi suami. Contoh paling mudah, isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri.

Isteri juga selalunya mendahulukan ibu bapa dan keluarga suami. Kerana baginya, memuliakan keluarga suami sama seperti memuliakan suami juga.

Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Bersengkang mata hingga jauh malam untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri.  Kerja-kerja itu sudah dianggap alah bisa tegal biasa. Sudah menjadi kerja rutin yang setiap hari dibuat. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga.

Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.

Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Memang kadang-kadang rasa agak tidak selesa dengan perut yang membesar.

Suami yang memandang pun rasa rimas melihat pergerakan isteri yang terbatas, inikan pula isteri yang menanggungnya. Namun, rasa tidak selesa itu hilang bila timbul bayangan cahaya mata yang bakal ditimang. Isteri sanggup melalui detik ujian dan cabaran sewaktu mengandung demi kasih pada suami dan anak dalam kandungan.
Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.
Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.

Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. Bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.

Walaupun isteri tahu sakitnya bersalin, tapi setiap kali mengandungkan anak suami, si isteri tidak pernah meluahkan rasa takut dan ngeri untuk bersalin lagi. Kalau ada suami yang pernah menemani isteri di meja bersalin dan melihat penanggungan isterinya sewaktu meneran anak, dia akan tahu beratnya sakit yang ditanggung waktu itu. Memang isteri terpaksa berhempas-pulas. Mungkin suami tidak akan sanggup melihat isteri menanggung sakit seperti itu lagi, tapi si isteri tetap bersedia mengharungi kesakitan yang sama.
Demi kegembiraan bersama memperolehi cahaya mata, soal sakit dilupa-lupakannya. Pengorbanan isteri ini, jika difahami oleh suami, pasti akan sangat dihargai. Melihat wajah anak-anak, terbayang keperitan yang dialami isteri waktu mengandung dan melahirkannya dulu.

Selepas melahirkan anak, isteri harus berkorban pula membesarkan si kecil. Menyusukannya tidak kira waktu, membersihkan najisnya, memandikannya, menyuapnya ketika sudah boleh makan, menadah telinga mendengar tangisannya bila si kecil meragam… Kemudian memenuhi tanggungjawab mendidiknya dan berdepan dengan segala kerenahnya. Belum pun anak itu cukup besar, isteri mengandung lagi dan melahirkan si adik pula.

Terpaksa pula memberi perhatian dan jagaan pada si bayi di samping meneruskan proses jagaan dan didikan kepada si abang atau si kakak. Sebahagian besar keperluan anak-anak ini, isterilah yang membereskannya. Isteri benar-benar menjadi tangan kanan suami untuk memelihara dan mendidik setiap orang anak yang lahir dari zuriat suami.

Semakin bertambah anak, semakin bertambah pula tanggungjawab isteri. Semakin banyak kerja perlu dibuat. Namun isteri masih orang yang sama, dengan kudrat fizikal dan kemampuan yang dulu. Di samping harus meneruskan layanan kepada suami dan kerja-kerja pengurusan rumah tangga yang sentiasa ada dan bertambah.
Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja lebih masayang dibuatnya. Lebih-lebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya.

Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.

Lebih berat tanggungjawab dan penanggungan isteri bila dia juga keluar bekerja. Di luar rumah, dia berkorban tenaga membantu suami mencukupkan sara hidup keluarga. Di rumah, dia meneruskan ˜kerjaya sebagai isteri, ibu dan suri rumah. Kalau tiada pembantu rumah, dia akan berdepan dengan lebih banyak kerja untuk dibereskan. Balik ke rumah, dia sanggup korbankan masa rehatnya untuk menyambung kerja yang tertangguh. Layan suami, layan anak-anak, sediakan makan minum, basuh pakaian, berkemas rumah, seterika baju dan banyak lagi.

Paling ketara bila isteri pulang kerja bersama suami. Balik ke rumah, isteri selalunya bersedia untuk layan diri bagi apa-apa keperluannya sendiri. Namun untuk suami, dia sanggup beri layanan istimewa. Kalau suami dilihat kepenatan, isteri sanggup melupakan kepenatannya sendiri untuk memenuhi keperluan suami. Paling tidak, terus ke dapur untuk menghidang cucur pelepas lapar suami. Mengorbankan kerehatannya sendiri demi mendahulukan keperluan dan keselesaan suami.

Memang ada isteri yang merungut. Memang ada isteri yang membebel dan mengungkit. Memang ada isteri yang meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami rehat-rehat ketika si isteri sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai lagi. Sebab bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah. Bukan semua suami bersikap sporting dan tahu menghargai susah payah isteri.

Tetapi dalam merungut dan membebel itu pun, segala kerja tetap dibuatnya. Suami hanya perlu sabar sedikit sambil menadah telinga mendengar bebelan isteri. Dalam waktu yang sama, kalau suami hendak makan, ada juadah tersedia. Hendak pakai baju, pakaian siap berbasuh. Hendak bermain-main dengan anak kecil, kencing berak anak sudah dicuci.

Kalaupun ada isteri yang menjeruk rasa kerana suami semacam tidak hargai segala khidmat baktinya, namun jarang ada isteri yang sanggup mogok dari tugas sebagai isteri, ibu dan suri rumah.

Dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. Hanya gerak-geri atau bahasa badannya saja yang berbicara. Kalau suami faham, fahamlah. Jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. Hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. Atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. Bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.

Berat macam mana pun kerja yang dibuatnya, isteri akan rasa puas dapat melakukannya. Dia buat kerja dengan rasa gembira. Tugas dan kerja yang nampak berat bagi suami dapat dibereskan oleh isteri dengan agak mudah dan ringan. Walaupun tika usia telah senja dan si isteri telah menjadi nenek, dia masih isteri yang dulu. Isteri yang akan sentiasa mengutamakan dan melebihkan suami.

Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah. Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.

Suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. Segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.

Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.

Seorang suami sanggupkah berkorban??Atau meninggalkan isteri bila dia sudah tidak berupaya lagi??