24 October, 2012

Barangan St. Ives

Assalamualaikum... Berjumpa lagi... Tinggal lagi 2 hari ja nak sambut AidilAdha.. Tapi,tak buat apa2 persiapan lagi.. Umah pun tak berkemas lagi.. Nasib baik la dapat half day esok, so boleh la nak kemas apa yg patut. Masak??? Aku tak masak kot.. Kami sekeluarga nak akan beraya di rumah PIL and my parents.. So, tutup pintu dapur siap2. Hahaha... Teruk punya menantu/anak....

Actually, nak bgtau kat semua. Aku suka sgt pakai barangan jenama St. Ives ni.. Aku suka bau aprikot dia.. Wangi. Aku start pakai scrub muka St. Ives ni masa aku dok bergelar student U lagi. Ye la, pegi kelas, kena jalan kaki, pegi beli makan,kena jalan kaki.. Muka dah jadi berminyak, berlekit dah. So, aku pn try la beli scrub ni.. Mula tu, saja2 ja beli sbb nak nyahkan kotoran di muka.. Lepas tu, habih ja aku beli, harga pun dalam RM15-RM20 kot. Aku tak ingat la. Sebab aku pakai leh tahan lama.. Kita ni bukannya selalu boleh scrub muka.. Nnt kulit muka akn jadi terlalu kering sgt. Seminggu dua kali aku akan scrub muka aku ni.. Best sgt, sbb scrub dia ni kasar2, so rasa segala kekotoran di muka akan hilang...

Lepas tu, En. Suami plak kenalkan aku dengan mandian St. Ives ni. Terus tangkap cintan.. Mmg best sgt baunya.. Rasa wangi ja... Lepas korang dah sabun badan korang, kulit akan rasa lembut  dan wangi. Satu toilet tu boleh bau wangian mandian St. Ives...

Ini la dia mandian dan scrub keluaran St. Ives yg menjadi pujaan hatiku.. hehehe...

No comments:

Post a Comment