18 October, 2012

Cerita 2009/2010/2011

Salam semua.. Lama gak ku tak bersiaran kan?? Ehmm... Biasala mood malas dah menguasai diri ni.. Nak diikutkan ada banyak benda yg nak diceritakan kat semua,tapi apa kan daya, ku hanya la manusia biasa.. Huhu... Actually aku nak cerita pasai anak kembar aku tu.. Masa twin dalam 5/6 bulan camtu, dua2 batuk berkahak dan berbunyi. Mula2 diaorg selsema,pastu mula la dok batuk tak brenti.. Kita pun kesian kt depa. Ye la dua2 kecik lagi.. So, amik solution, we go to paed. P la Hope Children Hospital (HCH) kat Jalan Perak, Penang.. Paed cakap paru2 anak u ada kahak banyak n lebih tepat lagi anak u kena acute bronchitis. Twin alah pada habuk, sejuk, buah2an.. Dia bagi ubat dulu untuk 4/5 hari camtu, kalau tak ok, kena p balik kat HCH.. Yg kerap sakit masa kecik ialah ADIK.. Si kakak pun sakit gak, tapi tak sekerap adik la.

Dari umur 6 bulan hingga ke usia nak menginjak ke satu tahun, mmg kerap sgt kami bawak twin ke HCH. Bagi ubat pun tak jalan, last2 paed kata amik nebuliser la.. Paed cakap,kalau makan ubat,mmg akan ada effect untuk bayi,so dia sarankan twin amik neb untuk elakkan ada kesan sampingan kemudian hari.. Dalam jangka waktu tu, mmg dok ulang alik la p boh neb.. Lepas tu, kakak aku bagi cadangan, dia kata p Klinik Abdul Rahim (KAR) boleh sedut kahak.. Kat anak yg no 2 tu, dia bok p KAR,lepas sedut, mmg dah tak dah kahak.. Aku pun apa lagi, p la klinik tu plak. Jauh pun jauh la... Nasib baik la klinik tu panel klinik aku. So tak yah la bok kluar duit apa semua.. Mmg kesian la kat depa bila p sedut kahak tu, depa nangis sbb sakit.. Nak keluarkan kahak tu kena guna tiub halus ja, dia masukkan kat hidung ngan mulut.. Mmg banyak sgt kahak yg keluar. Doc tu bagi ubat. Dia soh minum dulu ubat tu semua. Dan dia bagi nasihat, jangan mandikan anak dengan air sejuk, kena guna air yg suam2, jgn bagi makan buah2 kat depa.. Pastu, doc KAR ada cakap, kalau u nak senang pun, bila anak u masuk 3 tahun, sakit depa akan berkurangan... Ok noted!!!!

Lepas p sedut kahak, ok la aku tgk si kembar tu.. Pernafasan depa pun dah tak dengar bunyi2 dh.. Lega balik.. Pastu,aku perasan, kalau kerap sgt hujan, pastu panas,hujan balik, mesti anak2 aku akan batuk teruk.. Tak tahan sgt dok dengar so kembar dok batuk teruk, bapak kembar bawak p Hospital Lam Wah Ee.. P jumpa pakar kanak-kanak kat sana plak, Dr. Chua. Dia check dada depa, terus dia soh masuk ward.. Mau kat seminggu jugak la aku berkampung kat situ.. Tambahan si kembar tu dah dapat kaki dah time tu, asyik la nak berjalan, nak berlari.. Aku mmg penat sgt2.. And my MIL tolong jaga kembar jugak kat spital... Dia bagi antibiotik, ubat batuk, pastu kena neb 4 jam sekali... Masa ni, dua2 dah pandai, depa punya la menjerit masa nak boh neb tu.. Pening kepala... Dengan depa tak cukup tidor,sat2 kena bgn boh neb... sat2 kena bgn makan ubat.. Mengamuk la dorang tu. Masa tu umur depa setahun lebih kot.. Lepas keluar spital, ok la skit.. Tak la teruk sgt batuk depa.. On off, on off la... Sekali2 tu ada jugak la kami p HCH untuk dapatkan neb kat depa... 

Si adik lagi, time ni mmg dia ja yg kerap batuk. Masa ni umur dua tahun...

At last, paed HCH suggest kami beli mesin neb. Dia pun kesian kat kami, sehari nak p amik neb ja, mau kat RM65, untuk dua orang ja dah berapa?? Nak amik neb ni, bukan sehari ja, mau kat dua tiga hari berturut2.. Ehmm... Untuk anak2 apa saja la... So,bapak kembar pun setuju ngan suggestion dari paed.. Kami pun belikan la mesin neb untuk twin. Lupa plak nak snap pic mesin tu, jenama PARI. Harga dalam RM 300++, campur ubat-ubat neb, kat RM550 jugak la kos keseluruhannya.. Paed tu dah bagi preskripsi ubat untuk neb. Kami akan neb kembar bila perlu saja. Kalau diaorg batuk tak brenti, baru la kami akan neb. Kalai setakat batuk biasa tu, just makan ubat ja la... Lani kembar dah pun umur 3 tahun lebih, batuk masih ada, cuma kena jaga pemakanan, persekitaran depa la. nak bawak p shopping complex pun kena bagi pakai sweater n sapu vicks kat dada.. Tambahan plak, si kembar ni lahir tak cukup bulan, tu yg senang nak sakit... Alhamdulillah, time depa pelan besar ni, pelan kurang sakit... Setakat demam tu biasa ja la...

Sebagai seorang ibu, aku nak anak2 aku sihat.. Nak keluarkan duit pun ribu2 aku tak kisah, asalkan depa sihat .. Duit boleh cari, tapi anak2 boleh ka nak cari lain?? Mmg la ada org kata, hg beranak lain, hg ada anak lagi apa.. Tapi, setiap anak tu semua sama ka? Kalau lani aku bersalin kembar, esok ni, aku dapat kembar lagi ka? Wallahulam...



1 comment:

  1. hallo saya dari indonesia (aceh), senang membaca tulisan anda, tapi kurang paham karena bahasa kita berbeda, anak saya pun sakit nya sama acut bronchitis...

    ReplyDelete