03 October, 2012

Pertama kali.....

Salam,semua.. Hari ni tak nak WW.. Dah lama tak cerita kat sini.. Pagi ni saya nangis sebab rasa down sgt2.. Sapa2 yg ada anak kembar mesti pernah rasa perasaan mcm ni... Semalam,masa amik kembar balik dari kindy, teacher depa dah pesan kena pakai baju gown sbb esok ada acara bergambar. Pagi ni,mak kembar pun siap2 la kembar cantik2.. Pastu,dah masuk kereta,si kakak plak ternampak susu coklat dutch lady dalam beg breakfast depa.. Apa lagi, pakat amik la susu coklat tu sorang satu.. Aku dah warning dah kat depa, sampai kat sekolah baru boleh minum, jgn minum dalam kereta nanti tumpah kena baju.. Si kakak pegang ja, yg si adik ni, tak ikut arahan, dia p amik straw dok cucuk kat susu coklat tu. Sampai kat parking sekolah depa, si adik habaq, susu coklat tu tumpah kat baju gown dia kat area lutut,so aku imagine,kalau amik gambar sure tak nampak punya sbb bhgn bawah.. Yg tu aku boleh tahan lagi, tapi aku berletiaq jugak la kat si adik ni.. Lap2, hilang la kesan susu coklat tu kat baju gown tu. Yg aku naik angin sampai nangis tu sbb dia tumpahkan susu coklat tu dari paras dada sampai paras lutut sbb dia malalak nak ikut aku p keja... Arrrgggghhhh................................. Aku rasa mmg dah nak jadi raksasa dah time tu tadi, sbb cikgu depa ada,aku control... Time ni air mata aku dah bergenang dah.. Teacher depa dok kata kesian kat ibu kamu,tgk baju kamu dah kotor,mcm mana nak amik gambar. Teacher depa kata ada bawak baju spare tak? Aku kata mmg la ada baju, tapi tak dak la baju gown, tshirt ngan seluar pendek ada la. Aku kata lagi,tak pa la, saya p amik baju depa yg lain la, satg saya mai bagi. Time tu jam dah pukul 8.10am, aku masuk keja 8.10am. Arrrgggggghhhhhhhhhhhhhhhh............... Masa ni,si adik dok melalak tak ingat dunia kat belakang, aku jalan buat bodo ja, Pujuk pun tak,apa pun tak.. Jalan pun aku dok nampak mcm ada air ja, ye la, air mata dok bergenang.. Masuk2 kereta, air mata terus turun cam hujan lebat.. Hahahaha.... Boleh gitu??? Pasai anak aku nangis sungguh2 mcm tu... First time aku nangis sbb aku rasa down/tension sgt2.... Dh la lambat nak pi keja, si adik plak buat hal, aku nak kena patah balik p umah plak p amik baju depa yg lain. At last,sampai tempat keja pukul 8.50am....

Budak konet ni buat mak dia nangis pagi ni... Hahaha.. Kena buli ngan anak sendiri

Ok la, tak mau cerita dah pasai ni. Bila teringat balik cam lawak ja, ada ka sorang mak menangis pasai tension anak dia buat cam tu??? 


Ni lagi satu story, nak cerita pasai produk yg aku baru ja beli semalam.. Aku dok tgk produk ni dah lama, tapi takut nak beli sbb kang beli tak dak apa2 kesan plak kat aku ni. Sebelum tu dah gitau kat bapak kembar,nak beli produk ni. So bapak kembar bagi duit, aku pun apa lagi, p la beli produk tersebut. Semalam baru aku start pakai produk tersebut. Mmg sejuk ja bila apply kat muka, berbau wangi ja.. Aku beli produk ni pun sbb nak nyahkan makhluk2 asing kat atas muka aku ni.. Sbb makhluk asing ni la muka aku tak cantik2. Hahaha.... Statement angkat diri sendiri!!!!

Time to reveal... Produk apa la yg aku dok canang2 dari tadi ni.. 
Memperkenalkan (drum roooooollllllllllllllllllll)
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'


MEDERMA

Ye,aku baru ja pakai Mederma ni semalam. Hahaha.. Baru pakai semalam,dah nak kecoh.. Bukan apa,bila aku post entry pasai Mederma kat sini,aku tahu la bila aku guna benda alah ni.. Korang nampak tak kat situ aku letak tarikh, senang sikit aku nak tahu berapa lama aku dah guna produk ni. Bukan produk ni ja, syampu,lotion, segala benda apa aku baru beli, aku akan letak date of purchase kat situ. Baru la aku boleh tahu satu2 barang tu aku guna berapa lama.... Back to my story, best tau pakai Mederma ni, gel dia berbau wangi, tak melekit. Aku beli Mederma ni kat Watson. Sebelum beli kena survey dulu harga.. Hahaha... Aku survey kat Guardian,harganya RM 39.50, kat farmasi tempat keja aku pun sama harga. Aku beli kat Watson,korang tahu harga berapa???? Aku beli RM 31.80 ja..  Mmg murah bangat.... Tunggu lagi, aku sambaq ja la. Dh la tinggal satu ja.. Budak Watson tu kata, produk ni cepat habis kak, tu yg tinggai satu ja.. Lagi la aku konfiden nak beli sbb most wanted product kan???? hehehe...Dan aku orang yg paling bertuah malam semalam sbb aku dapat beli Mederma ni dengan harga yg murah berbanding kat tempat lain.

Sekilas pandang mengenai Mederma:
  • Harga: Depend pada pasaran kot. Aku pun tak tau. Sbb aku tgk kat Guardian harga lain, kat Watson harga lain,dalam internet harga lain. Korang mmg bertuah mcm aku kalau dapat harga murah.. Hehe
  • Berapa kali nak apply: Korang boleh apply 2/3 kali sehari atau 24 kali sehari. Hehehe.. Ikut korang la.. Mcm aku,aku kan kedekut sikit, so aku apply 2 kali sehari ja. Pagi n malam.
  • Cara nak apply: Korang sapu gel Mederma ni kat tempat yg berparut. Tak kisah la parut jerawat ka, parut luka ka,apa2 parut ja la.. Sapu sampai gel ni meresap kat dalam liang2 kulit korang.
  • Tempoh mengambil Mederma: Yg ni bergantung kepada keseriusan parut korang tu. Yg aku baca kat preskripsi dia tu, kalau parut yg baru amik masa dalam 8 minggu camtu, kalau untuk existing scars plak mungkin amik masa dalam 3-6 bulan atau lebih. Pendapat aku,kita kena istiqamah dalam pemakaian Mederma ni,baru terbukti keberkesannya.
Selain tu, ia juga boleh menegang,melicin dan mencantikkan kulit selain menghilangkan kesan parut..

Sbb nak cantik, aku berazam aku akan guna Mederma ni sampai la parut aku hilang. Dh habis nnt aku beli lagi, dan lagi,dan lagi,dan lagi,dan lagi.... Hehehe....

Lepas 2/3 bulan pakai,aku akan tunjuk kat semua kulit aku sebelum dan selepas pakai Mederma... Okay......

No comments:

Post a Comment