27 November, 2012

All in one entry...

Assalamualaikum semua... lama gilos tak berblog ni.. Rindu sgt nak taip, rindu nak cerita mcm2 kat sini.. Tapi tu la, ada banyak benda yg jadi dalam hidup aku sepanjang 2 minggu ni... Tu yg aku tak dak mood nak berblog tu... Lani pun tgh recover ni..Semoga diriku akan sihat seperti dulu... 

Ok la, kita rangkum segala cerita in one entry la ye... Malas la plak nak buat satu2 entry...
Aku nak cerita pasai perfume feveret aku.. Aku pakai perfume ni since 2005, masa tu tgh berkapel ngan En. Suami.. En. Suami yg belikan kat aku perfume ni.. Mula2 dia beli Versace Baby Rose pas habih En. Suami belikan kat aku Versace Red Jeans plak.. Mmg sedap la bau dia.. Aku suka sgt... Pastu, aku dah tak pakai apa2 perfume sbb rasa cam malas nak pakai. Rasa cam tak sempat ja nak pakai perfume bagai tambah2 nak kena tgk si kembar dorang tu.. Baru ni, En. Suami buat surprise kat aku. Dia belikan perfume Versace Red Jeans ni kat aku... Wah..... I'm so happy!!!! Rasa cam nak pelok En. Suami depan tu gak... Hehe... Tq ba for the perfume.... I love you.... Ni la rupa perfume tu.

My all time feveret perfume!!!

Aku pun tak ingat bila beli travel bag ni.. Yg aku ingat, yg besar tu beli kat House Of Leather (HOL) Jusco Perda dan yg kecik tu beli kat HOL Queensbay Mall.. Besar tu untuk aku ngan En. Suami, kecik tu plak untuk si kembar.. Bag ni akan dirasmikan pada tahun hadapan.. Sbb kami akan pergi bercuti ngan family En. Suami... Kami pilih beg ni pun sbb ringan sgt2 n boleh expand lagi... tu yg beli tu... Tak rugi pun beli sbb lps ni kalau p bercuti boleh bawak bag ni...


Untuk kesihatan plak, hehe... Aku ada beli kolagen Toujours Skin dari kak nani aka mak si blogger Hanis Zalikha. Pure kolagen tanpa ada bahan2 campuran yg lain.. Toujours Skin ni bukan dalam bentuk kapsul or tablet tapi powder.. Mmg best sgt2. Tapi, kena minum ngan air yg sejuk. Aku beli ja peel fresh oren tu, aku boh satu camca kecik, kacau n boleh minum.. Sabtu lepas, aku amik secubit Toujours Skin ni campur ngan sedikit air ngan apply kat muka.. Muka rasa tegang sgt2.. Dlm 2/3 jam camtu, aku basuh muka, cam tak caya ja, kulit muka jadi lembut n licin ja... Lagi satu, minggu ni aku period, kalau bulan2 lepas, masa PMS tu, mmg jerawat akan tumbuh besar2 kacang tanah tu, muka aku pun jadi cam alien ja, besaq sebelah.. Haha... Sejak aku guna Toujours Skin ni start 16/11/12 ritu, jerawat aku pun dh tak dak bila PMS. Jerawat yg sedia ada kat muka aku tu pun jadi kering sejak makan kolagen ni.. Sbb Toujours Skin ni pure collagen sbb tu la boleh nampak perubahan walaupun baru ja makan almost 2 weeks...


Disebabkan aku minggu ni tetiba ja jadi sembelit n cepat sgt letih. Tak tau la kenapa jadi ni kat aku. Padahal aku ni mmg org yg suka melabur.. hehe.. Nak jadi cerita minggu lepas aku jadi sembelit la plak.. Sakit sgt masa nak melabur tu.. hehe... Berpeluh la jugak.. Lepas tu, aku search internet ubat untuk nak bagi senang melabur.. Jumpa la satu brand ni.. Jenama Shaklee, Herb-Lax.. Aku pun makan la malam sabtu ritu.. Mmg dia bagi kita senang nak buang air besar.. Korang cari sendiri la fungsi2 Herb-Lax ni ye.. And satu lagi,En. Suami belikan kat aku multivitamins. Dia dok isteri dia no cepat sgt letih n asyik kena serang ngan virus2 ja, last2 dia belikan multivitamin kat aku.. Dh seminggu jugak la aku makan mulitivitamins ni.. Aku dapat rasa yg aku tak ngantuk dah time keja sejak makan multivitamins ni... Hehe...


Itu la cerita aku selama aku tak bersiaran 2 minggu... Hehe... Ok la bai.. Tak dak cerita dah nak cerita...

14 November, 2012

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum semua... Sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru dah esok.. Ya Allah, terima kasih kerana masih lagi memberi aku peluang untuk bertemu dengan tahun yang baru ini... Amin.

SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA!!!!

p/s: Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun... Semoga kita semua dirahmati olehNya...

Anak zaman sekarang

Salam semua lama tak update blog. Kekangan masa la.. Ngan si adik on off demam. Ngan mak nya pun tak cukup rehat.. Sampai kan rasa nak demam ja.. Now,adik dh ok. Cuma batuk ja tak baik2 lagi.. Dh neb pun still at the same condition.

Aku nk crita skit pasai anak dara aku yg dua org tu. Sejak aku pakai hp canggih ni.. hehe.. Anak2 aku lagi terer pasai hp aku ni.. Sebab SIL aku guna hp brand yg sama ngan aku so anak kembar aku tu lagi terer la sbb depa dh biasa ngan hp aunty depa. Aku ni ja yg dok ciwi ngan hp aku. Masa mula2 guna hp ni, En.Suami cal, aku tak tau nak tekan camna nak jawab cal tu. Nampak sgt yg aku very the makcik2. hehe.. Ok la aku nak tunjuk kat korang semua yg anak aku pandai dah amik pic. Aku tahu la anak korang semua dah pandai, tapi anak aku baru nak pandai. Hehe...


 Ni pic aku dalam kereta.. Si kakak yg amik.. Nasib baik la elok..

Okay la, yg tu ja nak cerita pun.. Ntah apa2 aku punya entry hari ni.. 

K,bye.

10 November, 2012

Hari ini

Salam semua.. wah,hari ini tarikh cantik. nk jugak post. hehe.. Dh dua hari aku penat sbb si adik demam ngan batuk teruk.. Penat sgt2. Hari ni ada kenduri tapi tak p la dengan keadaan anak2 tak sihat.. Nnt2 la crita pasai si adik sakit ni.. Hari ni post semata2 sbb nak ada tarikh cantik ni kat entry..bye semua.

08 November, 2012

Makanan yg tak suka

Salam semua.. Pagi tadi masa nak mai keja dengar la Hot.fm.. Tajuk pasai makanan yg kita tak suka atau tak boleh nak telan..Lebih kurang camtu la kot tajuk dia.. Ni aku nak cerita skit pasai tabiat aku ni.. Aku mmg tak leh langsung2 makan kambing.. Bila nak makan ja terus bau kambing tu mai.. Hahaha... Tapi aku penah kena tipu ngan En. Suami time raya puasa tahun ni.. Macam biasa la bila raya ja aku p makan umah MIL. Aku tak tau pun yg MIL masak kurma kambing.. Time tu mmg aku dah lapaq gila dah, samapi2 umah MIL, aku suapkan si kembar nasi, pastu bila diaorg dah kenyang,turn aku plak nak makan.. Aku pun dengan selambanya amik daging punya la banyak sbb lapaq kan... Aku tanya En. Suami, ni daging lembu ka kambing, En. Suami cakap daging lembu, aku pun yakin dah la yg tu daging lembu.. So aku pun makan la ngan lahapnya.. Hehe.. Lepas tu FIL aku tanya, shafa makan kambing ka?? Keluarga En. Suami mmg tau aku tak makan kambing. Pastu aku tanya kat FIL, mak masak kambing ka ni?? FIL aku kata ya la,kambing yg shafa makan tu.. Ya Allah, rasa cam nak muntah kat situ jugak. Rupanya En. Suami dah tau dah yg tu daging kambing.. Sampai hati mu tipu isteri mu ini?? Aku dah kena tipu.. Adik2 ipar aku dok gelak ja kat aku.. Aku makan daging tu pun sbb aku tak bau langsung kambing,tu aku telan jugak.. Sejak kejadian tu, bila MIL masak daging ja, aku mesti nnt tak makan, Takut ditipu lagi.. hehehe....

Lagi satu aku ni tak makan taugeh.. Bila nak beli bihun goreng/sup, mee goreng/sup, atau apa2 ja makanan yg kena letak tauge mmg aku takkan makan.. Aku sanggup asingkan tauge tu sblm nak makan bihun/mi/koay teow.. Mmg take time la kalau aku makan makanan yg bergoreng tu... Tapi yg peliknya, kerabu taugeh,masak lemak taugeh aku makan.. Padahal sama ja rupa dan bentuknya,nama pun sama.. Pasai apa yg aku tak makan taugeh kalau goreng ngan bihun/mi/koay teow tu aku pun tak tau... Aku jadi lagi geli kalau diaorg tak buang hujung2 taugeh tu.. Lagi rasa cam nak tercekik ja...

 Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Yang ini la aku amalkan.. Kalau aku tak suka makanan tu mmg aku takkan makan. Tak baik menghina makanan...

02 November, 2012

Udang Berempah

Salam Jumaat... Sabtu dan ahad adalah sgt heaven sbb CUTI!!! Hehe.. Cuti p keja ja la, kerja2 lain kat umah no cuti2 ye... Ehmm... Banyak keja dok menanti esok.. Nasib la ada dua orang ank dara yg boleh nak diharapkan... Lani si kembar dah rajin nak tolong buat kerja.. Antaranya, nak lipat kain, nak sapu umah, tapi bab nak berkemas lepas bg semak umah, kerja aku la tu...Nak cerita pasai resepi yg nak share ngan korang semua.. Ni resepi dari mak aku sendiri.. Mak aku kan dok berniaga, jadi mmg pakar la... Anak dia ni ja yg dok amatur lagi.. Sampai lani kalau nak masak,aku mesti kena bukak buku resepi... Tapi untuk resepi yg jarang2 aku masak la..



Check resepi ye kengkawan..

Udang Berempah

Bahan-bahan:
Udang saiz sederhana 12 ekor - dibasuh dan digoreng tanpa kunyit terlebih dahulu
1 sk serbuk jintan manis*
1sk serbuk jintan putih*
2 1/2 sb rempah daging*
1 1/2sb sos tiram*
1 1/2 sb kicap manis*
1/2 inci halia - ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih bersaiz sederhana - ditumbuk kasar
Daun kari
1 tangkai cabai hijau - dipotong serong
1 tangkai cabai merah - dipotong serong
5 tangkai cabai melaka - optional
Sebiji tomato - dibelah 4 @ 6
Sebiji bawang besar - dihiris bulat
Garam
Sedikit gula

Cara-cara:
  • Gorang udang separuh masak. Saya goreng udang tanpa kunyit.
  • Satukan bahan yang bertanda * di dalam mangkuk yg lain
  • Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis daun kari berserta dengan halia dan bawang putih yg telah ditumbuk sehingga terbit bau.
  • Bila dah bau wangi, masukkan bahan-bahan yang telah disatukan tadi. Kacau sebati.
  • Masukkan garam, gula. Dah mendidih, masukkan udang yg telah digoreng tadi.. Sesuaikan rasa.
  • Selepas itu, masukkan cabai hijau, cabai merah, cabai melaka,tomato dan bawang besar. Masakkan seketika.. Kalau masak lama sgt, nnt layu plak bahan2 tadi..
  • Okay, udah siap udang berempah.
 Nota:
*Kalau nampak kering sangat masa masukkan bahan yg disatukan tu, jangan risau kerana bila korang masukkan udang, air udang tu akan keluar.. So,dari situ akan ada kuah.. Kalau nak kuah banyak, korang boleh la masukkan air,tapi jgn banyak sgt ye...



01 November, 2012

Basikal baru

Salam 1 November.. Wah, dah masuk November dah.. Sat ja rasa... Nasib baik dok pejam celik, pejam celik, kalau pejam tak celik2, ehmmm...pikiaq la sendiri na... Alhamdulillah, jantung ini masih lagi berfungsi dan berdegup setiap saat...

November ni, si kembar dah umur 3 tahun 7 bulan.. Sat ja depa dah besar.. Mcm2 hal ngan budak dorang tu.. Si pak kembar plak, apa yg depa mau, semuanya dibeli.. Sbb tu la si kembar ni banyak lemak... Yg terbaru, pak kembar belikan depa android... Android ok?? Harga ratus2 jugak la.. Mak kembar ni dok makan hati.. Kalau bagi kat mak kembar ratus2 tu tak pa gak, boleh la mak kembar nak beli SK II.. hehe.... Pak kembar bukan beli satu na, beli dua biji android sekaligus.. Pak kembar dah tak tahan dah tgk si kembar asyik dok berebut hp mak kembar.. Dh beli, soh la jaga elok2 android tu... Sehari dua ja nak jaga elok2 pun, lepas tu, android ke mana, casing ke mana...  Mak kembar ni la dok tukang kutip semua barang depa.. Lepas tu, baru ja seminggu lebih beli android tu, satu daripada sndroid tu telah rosak.. You know what???? Si adik telah bagi screen android retak!!!!!!! Ha,amek kawwww............ Terus tak leh function android tu... Tinggal la lagi satu ja android ni.. Dok kena jaga elok2 jugak ni... Android yg rosak tu nak kena p repair plak. Hat lain yg rosak ada warranty lagi, kalau screen rosak, NO WARRANTY, ok??? Dah p tanya kt kedai, nak repair mau kat RM220.. Lebih baik beli yg baru... &*^&$$&(*%%^$ <--- tanda mak kembar geramm.. Hahaha.....

Minggu lepas plak,balik keja, pak kembar dok tunjuk pic basikal baru kembar plak.. Ya Allah, En. Suami,apakah ini semua???? Asyik kembar ja, bila turn mak kembar ni???? Basikal tu plak ada satu ja kt kedai tu, yg satu lagi kena tunggu sampai ada stok. So,Selasa lepas, gigih la mak kembar p amik basikal baru depa tu... Ehmm..... Ratus2 gak tau... Tensi mak!!!! Lani,si kembar balik ja dari sekolah, nak naik basikal baru... Adoi la, dah la mak kembar banyak keja nak buat... Dok kena tunggu depa plak. Pak kembar pun kena jugak. Lani balik2 keja, tak leh rest dah.. Lagi tak naik basikal,lagi tula nnt dok melalak... Pening mak,nak!!!!

 Fresh lagi time ni.. Apek ni dok pasang bell ladybird

 Dh siap pasang bell, dan ready untuk dibawa balik umah..

Pak kembar beli basikal baru kat kembar sebab basikal yg lama tu dah kecik. Bila kembar nak kayuh, lutut depa dok kena handle.. Jadi pak kembar kesian kan kembar, so dia belikan la si kembar tu basikal baru...

Ni la tricycle lama kembar.. Baru setahun guna tricycle ni... Yg lawaknya, tricycle ni dah lama beli, tapi yg si kakak baru pandai kayuh tricycle ni dalam beberapa minggu sudah.. Hahahaha....
 

Ok,bai.