27 November, 2012

All in one entry...

Assalamualaikum semua... lama gilos tak berblog ni.. Rindu sgt nak taip, rindu nak cerita mcm2 kat sini.. Tapi tu la, ada banyak benda yg jadi dalam hidup aku sepanjang 2 minggu ni... Tu yg aku tak dak mood nak berblog tu... Lani pun tgh recover ni..Semoga diriku akan sihat seperti dulu... 

Ok la, kita rangkum segala cerita in one entry la ye... Malas la plak nak buat satu2 entry...
Aku nak cerita pasai perfume feveret aku.. Aku pakai perfume ni since 2005, masa tu tgh berkapel ngan En. Suami.. En. Suami yg belikan kat aku perfume ni.. Mula2 dia beli Versace Baby Rose pas habih En. Suami belikan kat aku Versace Red Jeans plak.. Mmg sedap la bau dia.. Aku suka sgt... Pastu, aku dah tak pakai apa2 perfume sbb rasa cam malas nak pakai. Rasa cam tak sempat ja nak pakai perfume bagai tambah2 nak kena tgk si kembar dorang tu.. Baru ni, En. Suami buat surprise kat aku. Dia belikan perfume Versace Red Jeans ni kat aku... Wah..... I'm so happy!!!! Rasa cam nak pelok En. Suami depan tu gak... Hehe... Tq ba for the perfume.... I love you.... Ni la rupa perfume tu.

My all time feveret perfume!!!

Aku pun tak ingat bila beli travel bag ni.. Yg aku ingat, yg besar tu beli kat House Of Leather (HOL) Jusco Perda dan yg kecik tu beli kat HOL Queensbay Mall.. Besar tu untuk aku ngan En. Suami, kecik tu plak untuk si kembar.. Bag ni akan dirasmikan pada tahun hadapan.. Sbb kami akan pergi bercuti ngan family En. Suami... Kami pilih beg ni pun sbb ringan sgt2 n boleh expand lagi... tu yg beli tu... Tak rugi pun beli sbb lps ni kalau p bercuti boleh bawak bag ni...


Untuk kesihatan plak, hehe... Aku ada beli kolagen Toujours Skin dari kak nani aka mak si blogger Hanis Zalikha. Pure kolagen tanpa ada bahan2 campuran yg lain.. Toujours Skin ni bukan dalam bentuk kapsul or tablet tapi powder.. Mmg best sgt2. Tapi, kena minum ngan air yg sejuk. Aku beli ja peel fresh oren tu, aku boh satu camca kecik, kacau n boleh minum.. Sabtu lepas, aku amik secubit Toujours Skin ni campur ngan sedikit air ngan apply kat muka.. Muka rasa tegang sgt2.. Dlm 2/3 jam camtu, aku basuh muka, cam tak caya ja, kulit muka jadi lembut n licin ja... Lagi satu, minggu ni aku period, kalau bulan2 lepas, masa PMS tu, mmg jerawat akan tumbuh besar2 kacang tanah tu, muka aku pun jadi cam alien ja, besaq sebelah.. Haha... Sejak aku guna Toujours Skin ni start 16/11/12 ritu, jerawat aku pun dh tak dak bila PMS. Jerawat yg sedia ada kat muka aku tu pun jadi kering sejak makan kolagen ni.. Sbb Toujours Skin ni pure collagen sbb tu la boleh nampak perubahan walaupun baru ja makan almost 2 weeks...


Disebabkan aku minggu ni tetiba ja jadi sembelit n cepat sgt letih. Tak tau la kenapa jadi ni kat aku. Padahal aku ni mmg org yg suka melabur.. hehe.. Nak jadi cerita minggu lepas aku jadi sembelit la plak.. Sakit sgt masa nak melabur tu.. hehe... Berpeluh la jugak.. Lepas tu, aku search internet ubat untuk nak bagi senang melabur.. Jumpa la satu brand ni.. Jenama Shaklee, Herb-Lax.. Aku pun makan la malam sabtu ritu.. Mmg dia bagi kita senang nak buang air besar.. Korang cari sendiri la fungsi2 Herb-Lax ni ye.. And satu lagi,En. Suami belikan kat aku multivitamins. Dia dok isteri dia no cepat sgt letih n asyik kena serang ngan virus2 ja, last2 dia belikan multivitamin kat aku.. Dh seminggu jugak la aku makan mulitivitamins ni.. Aku dapat rasa yg aku tak ngantuk dah time keja sejak makan multivitamins ni... Hehe...


Itu la cerita aku selama aku tak bersiaran 2 minggu... Hehe... Ok la bai.. Tak dak cerita dah nak cerita...

No comments:

Post a Comment