08 November, 2012

Makanan yg tak suka

Salam semua.. Pagi tadi masa nak mai keja dengar la Hot.fm.. Tajuk pasai makanan yg kita tak suka atau tak boleh nak telan..Lebih kurang camtu la kot tajuk dia.. Ni aku nak cerita skit pasai tabiat aku ni.. Aku mmg tak leh langsung2 makan kambing.. Bila nak makan ja terus bau kambing tu mai.. Hahaha... Tapi aku penah kena tipu ngan En. Suami time raya puasa tahun ni.. Macam biasa la bila raya ja aku p makan umah MIL. Aku tak tau pun yg MIL masak kurma kambing.. Time tu mmg aku dah lapaq gila dah, samapi2 umah MIL, aku suapkan si kembar nasi, pastu bila diaorg dah kenyang,turn aku plak nak makan.. Aku pun dengan selambanya amik daging punya la banyak sbb lapaq kan... Aku tanya En. Suami, ni daging lembu ka kambing, En. Suami cakap daging lembu, aku pun yakin dah la yg tu daging lembu.. So aku pun makan la ngan lahapnya.. Hehe.. Lepas tu FIL aku tanya, shafa makan kambing ka?? Keluarga En. Suami mmg tau aku tak makan kambing. Pastu aku tanya kat FIL, mak masak kambing ka ni?? FIL aku kata ya la,kambing yg shafa makan tu.. Ya Allah, rasa cam nak muntah kat situ jugak. Rupanya En. Suami dah tau dah yg tu daging kambing.. Sampai hati mu tipu isteri mu ini?? Aku dah kena tipu.. Adik2 ipar aku dok gelak ja kat aku.. Aku makan daging tu pun sbb aku tak bau langsung kambing,tu aku telan jugak.. Sejak kejadian tu, bila MIL masak daging ja, aku mesti nnt tak makan, Takut ditipu lagi.. hehehe....

Lagi satu aku ni tak makan taugeh.. Bila nak beli bihun goreng/sup, mee goreng/sup, atau apa2 ja makanan yg kena letak tauge mmg aku takkan makan.. Aku sanggup asingkan tauge tu sblm nak makan bihun/mi/koay teow.. Mmg take time la kalau aku makan makanan yg bergoreng tu... Tapi yg peliknya, kerabu taugeh,masak lemak taugeh aku makan.. Padahal sama ja rupa dan bentuknya,nama pun sama.. Pasai apa yg aku tak makan taugeh kalau goreng ngan bihun/mi/koay teow tu aku pun tak tau... Aku jadi lagi geli kalau diaorg tak buang hujung2 taugeh tu.. Lagi rasa cam nak tercekik ja...

 Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Yang ini la aku amalkan.. Kalau aku tak suka makanan tu mmg aku takkan makan. Tak baik menghina makanan...

No comments:

Post a Comment