02 November, 2012

Udang Berempah

Salam Jumaat... Sabtu dan ahad adalah sgt heaven sbb CUTI!!! Hehe.. Cuti p keja ja la, kerja2 lain kat umah no cuti2 ye... Ehmm... Banyak keja dok menanti esok.. Nasib la ada dua orang ank dara yg boleh nak diharapkan... Lani si kembar dah rajin nak tolong buat kerja.. Antaranya, nak lipat kain, nak sapu umah, tapi bab nak berkemas lepas bg semak umah, kerja aku la tu...Nak cerita pasai resepi yg nak share ngan korang semua.. Ni resepi dari mak aku sendiri.. Mak aku kan dok berniaga, jadi mmg pakar la... Anak dia ni ja yg dok amatur lagi.. Sampai lani kalau nak masak,aku mesti kena bukak buku resepi... Tapi untuk resepi yg jarang2 aku masak la..



Check resepi ye kengkawan..

Udang Berempah

Bahan-bahan:
Udang saiz sederhana 12 ekor - dibasuh dan digoreng tanpa kunyit terlebih dahulu
1 sk serbuk jintan manis*
1sk serbuk jintan putih*
2 1/2 sb rempah daging*
1 1/2sb sos tiram*
1 1/2 sb kicap manis*
1/2 inci halia - ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih bersaiz sederhana - ditumbuk kasar
Daun kari
1 tangkai cabai hijau - dipotong serong
1 tangkai cabai merah - dipotong serong
5 tangkai cabai melaka - optional
Sebiji tomato - dibelah 4 @ 6
Sebiji bawang besar - dihiris bulat
Garam
Sedikit gula

Cara-cara:
  • Gorang udang separuh masak. Saya goreng udang tanpa kunyit.
  • Satukan bahan yang bertanda * di dalam mangkuk yg lain
  • Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis daun kari berserta dengan halia dan bawang putih yg telah ditumbuk sehingga terbit bau.
  • Bila dah bau wangi, masukkan bahan-bahan yang telah disatukan tadi. Kacau sebati.
  • Masukkan garam, gula. Dah mendidih, masukkan udang yg telah digoreng tadi.. Sesuaikan rasa.
  • Selepas itu, masukkan cabai hijau, cabai merah, cabai melaka,tomato dan bawang besar. Masakkan seketika.. Kalau masak lama sgt, nnt layu plak bahan2 tadi..
  • Okay, udah siap udang berempah.
 Nota:
*Kalau nampak kering sangat masa masukkan bahan yg disatukan tu, jangan risau kerana bila korang masukkan udang, air udang tu akan keluar.. So,dari situ akan ada kuah.. Kalau nak kuah banyak, korang boleh la masukkan air,tapi jgn banyak sgt ye...



No comments:

Post a Comment