10 September, 2013

Unplanned Vacay

Okay la, nak crita sat percutian yang tak dirancang ni.. Bulan Jun ritu aku p bercuti. Tarikh tak ingat plak bila yg p.. Plan mula2 tu nak p Padang Besaq, Perlis ja... Ronda punya ronda, macam tak dak apa sangat la kt situ.. Macam takdak apa pun yang menarik, tu bagi pendapat aku la... hehe... Pastu, cik hubby cal kawan dia kat border Padang Besaq, gtau kata nak masuk Siam.. Aku kalau nak p border ni, mmg dah ready pasport smua siap2. Takut jadi camni la, tetiba ja masuk trs negara orang.. Kawan cik hubby pun bawak la kami masuk, dengan kereta dia.. Makan smua kat Padang Besaq Siam, lps tu kawan dia tanya, xmau p Hatyai ka, sejam ja dari sini.. Lps tu, aku pun apa lagi, on je la..
Last aku p Hatyai, 2 tahun sudah, masa tu, si kembar baru 2 tahun sebulan.. Penat habaq hampa bawak budak kecik dua orang masa tu... Lg pun, p pun sat ja masa tu.. Shopping complex mana pun x masuk sbb dah sampai pun dah lewat petang. Tara nak p floating market, nak p sana, p sini,shoping complex pun dah ttp... Tak sempat la nak shopping apa sangat...
Ok, back to my story, lps ja kata dah on, kawan cik hubby pun ararnge la orang yang nak hantar kami ke Hatyai tu. Keta kami tinggai kat kuarters kawan cik hubby.. Pastu, bermula la perjalanan kami ke Hatyai. Sebab tu la aku ada mention awai2 tadi, kalau nak p border ni, kena bawak PASPORT!! Of coz punya la korang akan masuk jugak negara jiran.. Amik masa dalam sejam lebih gak la nak p Hatyai dari Padang Besar... Sebab ada traffic jammed skit kat jalan sana.. Driver tu cakap, kalau masuk kok Bukit Kayu Hitam, lagi dekat la.. Waktu depa lambat sejam dari waktu kita.. Aku sampai Hatyai pukul 2 petang camtu (waktu malaysia).. Dah sampai, p cari hotel dulu.. Tapi, aku x susah hati sgt sbb bukan time peak season.. So, anytime je la ada bilik kosong. Lepas tu, kami p balik hotel yang kami penah dok dua tahun lepas..


The Regency Hotel.. Hotel ni satu malam dlm 90ringgit camtu.. Duit siam brapa tah, aku pun dah lupa... Percutian dh 3 bulan lepas, x brapa nak ingat la.... Cik hubby amik twin deluxe, untuk satu malam ja. Kenapa kami memilih hotel ni?? Sebab hotel ni berdekatan dengan pasar malam depa tu.. Dekat ja pun.. Hotel ni kat area Lee Garden Hotel ja... So mmg senang nak p mana2 pun.. 

 Bilik ni yang kami dok 2 tahun lepas, mmg x cukup la untuk 4 org kami... cik hubby kena tidoq kat bawah..

Bilik ni lak yang kami dok baru2 ni.. Katil sorang satu. Dan sorang satu amik anak.. Ok la bilik ni, walaupun siling dia cam ada kesan kuning skit mgkn sbb piping depa kot... Hehe.. Bilik air pun bersih, and yang bestnya, si kembar punya sronok sbb ada bath tab... Sat2 depa nak mandi..Pool pun ada kat hotel ni, tapi untuk dewasa ja.. Nan hado untuk pool kanak-kanak... So berkolam la anak-anak aku kat dalam bath tab ni...

 Sat2 depa nak mandi 'kolam'.. nasib la ada heater, so x la aku risau kalau depa selsema ka apa ka...

Dah bagi anak2 berendam dalam 'kolam' ni, siap2 depa, ajak p makan. Lapaq.. Last kami makan masa kat Padang Besar tu ja.. Lepas tu, dalm pukul 5 petang, waktu tempatan, kami p la ronda2 kat area bawah tu.. Ronda punya ronda, last beli ja makanan tepi jalan, yang depa dok goreng ayam, udang tu smua. Sedap la jugak.. Beli nasi goreng biasa, beli ayam, udang goreng tadi, n makan kat hotel.. Lepas tu, solat smua, dalam pukul 8 lebih camtu, kami keluaq lagi... Masa ni, dah suasana malam dah..


Abaikan ja la muka aii yang berminyak itu.. Masa ni pun dah belengas dah pun.. Cuaca cam panas skit kat Haytai ni walaupun malam... Nampak tak muka kami anak beranak cam gelap skit, aku pun xtau la anak2 aku p setting apa. Bila dah amik gambar, lepas tu baru perasan yang muka gelap.. 
Kami p jalan2 ja la kat Hatyai ni.. Floating Market pun x p sbb dah penah p.. So jenjalan kat area Pasar Malam depa ja la.. Balik bilik dalam pukul 11 lebih camtu.. Lepas tu, trs kroooiihhh...................... 
Sbb penat...........

Dok esok pagi tu, pagi2 dah bangun p cari makan pagi.. Jalan2 jumpa la Kedai Hameed tu, tapi x p makan pun sbb dah search dalm internet kedai ni tak sedap dan mahal.. Aku tak kisah kalau mahal, tapi kisah kalau xsedap.. So, kitapangkah kedai ni laju2.. Jalan depan kedai tu pun, cam xdak orang pun.. So jalan lagi, p la Salma Halal Restaurant.. Macam2 makanan ada.. ramai gak orang.. Depa pun boleh speaking melayu tau..

Aku ngan anak no 1 kat Salma Halal Restaurant.. Sedap roti canai telur n kari ayam hijau.. Kari depa ni rasa cam rendang skit.. Sedap la... 
Lepas tu, cik hubby tanya nak p x Kim Yong Market (pasar pagi).. Aku pun on je la... so p la kami ke pasar pagi. Masa pegi ni tak naik tuk tuk, naik vios.. Dia amik 100 baht camtu.. So dia hantar sampai ke depan kompleks pasar pagi tu... Ronda2 ja la.. Aku tak beli apa pun, anak2 ja la menjerit2 nak baju tidoq. So beli sorang 2 lai.. Lepas tu, balik la hotel balik. Masa ni si kembar dah nangis2 nak naik tuk tuk.. Aku x mau sbb nak balik ngan vios, mengada btoi.. Lastly, mak la kena mengalah ngan anak2...

 Masa ni mak kembar steady lagi.. Boleh la nak posing ngan ank2...

Mak kembar terpaksa dalam rela naik tuk tuk ni...hehe...

Aku turun2 ja dari tuk tuk ni, terus pening.. Jalan pun xbtoi dah.. melelong2.. Sbb tu la aku xmau naik tuk tuk ni, bukan sbb perasan nak naik keta besh.... Lepas tu, balik hotel kemas2 baju, mandi manda, siap smua, nak check out awai sbb nak p jenjalan kat mall plak.. Driver yang hantar kami tu janji nak mai pukul 2 waktu tempatan.. So ada masa, kita shoppping.. Mula2 p Lee Garden Plaza.. ronda2 amik gambar smua..



Ni semua pic dalam Lee Garden Plaza.. Lepas tu, p singgah mall kat depan Lee Garden ni. Aku tak hengat la plak nama apa mall tu. Shopping baju anak2 ja kat mall tu.. Sblm balik, singgah balik kat Salma Restaurant tu, makan tengahari plak.. Dok sat, driver tadi pun mai la.. Dia hantar kami sampai ke kuarters kawan cik hubby, Amik kereta, trs vrrooommmmm balik penang....

Yang tu la Unplanned Vacay kami..

Tips kalau nak pergi bercuti tanpa dirancang:
  1. Kalau pergi bercuti di negeri Perlis, Kelantan, Terengganu or Johor, pls bring ur PASSPORT.. Sebab kita secara tak sengaja akan masuk punya negara jiran kita (Thailand/Singapore).. Kalau tak masuk pun xpa, bukan apa, untuk tujuan keselamatan saja...
  2. Be prepared to bring all stuffs... ie extra baju, pencuci muka, deodorant, bedak, pakaian kecik molek, kalau ada anak2 kena bawa la baju depa lebih skit.
  3. Ubat-ubatan mmg kena spare ie panadol, ubat demam kanak-kanak, mopiko, balm n sewaktu dengannya.
Yang tu ja kot yang boleh aku gtau.. kalau ada nnt pandai2 la korang tambah.. 
ok,chow dulu!!
 

04 September, 2013

Campoq-campoq.....

As Salam smua.. lama tak update!! Nak kata tak ada masa, ada masa... tapi xtau la.. Bila nak taip ja entry baru, aku nnt mati akai, xtau nak crita apa... Entry posa, entry raya smua tak dak tahun ni..
Bulan posa baru ni, mmg aku tak uodate blog langsung.. Sbb dok kalut nak masak, nak tgk kembar, tambah plak hubby aku keja shif.. Tapi, 2 minggu awai ja aku rajin masak masa bula posa ritu.. Lagi 2 mgu nak raya, aku dah terap kuali, periuk smua.. Ttp dapoq sbb dah xtau nak masak, nak makan apa... Beli ja la makanan kat param atau kat kedai tepi2 jalan tu.. Kalau aku tak beli, cik hubby yg beli, mcm tu la sebaliknya.... Lagi pun, masa bulan posa aku dok kemas umah x ingat punya... Penat aku..
Ok, dah lepas posa, masuk plak nak raya... Kali ni, pecah rekod, aku tak order langsung biskut raya sbb aku terlupa nak order.. dah posa seminggu baru la kalut tny kt kawan aku awat depa x amik order utk biskut raya, kawan aku kata, aku yang ketinggalan, dah lama dah depa distribute list biskut raya.. Piii dah.... Yang mana dok amik order, smua dah tak amik dah sbb dah banyak tempahan. Bincang ngan hubby, mau tak mau, aku kena la buat biskut raya tahun ni.. Godek punya godek dalam internet, aku amik la resepi biskut coklat chip n biskut bebola cornflakes. Yang ni ja pun biskut yang aku rasa senang nak buat.. Yang bestnya, biskut bebola cornflakes aku tu, tak jadi bebola pun, tapi jadi lepiaq(leper)... Ha...lari dah nama biskut raya aku.. Pic tak dak na nak tunjuk... Hehe... tapi, biskut tu la sapa2 yg mai umah aku, depa nnt makan. homemade tu... aku buat ngan ikhlas, tu yang sedap kot. Biar xdak rupa, janji ada rasa n sedap... Yang lain2 tu aku beli ja la kacang2, maruku, pastu mak aku sedekah kat aku biskut semperit... Cukup la utk 6 balang... Pengajaran utk aku lps ni, lagi sebulan nak posa, aku kena alert nak order biskut raya... Penat tau tak buat biskut raya bila anak2 aku tu sama tumbas dok kacau aku... nasib baik la ada cik hubby yang dok tolong aku bakar, buat biskut raya ni... tu yang buat aii sayang cik hubby sgt...
Habih dah cerita bab biskut raya, beralih plak ke pagi raya.. Tahun ni, macam tahun sudah jgk, tak dak pic raya.. Tak tau la pasai pa xdak pic raya.. Sekali nak bergambar, anak2 aku dah terlepas p raya umah jiran aku.. Padahal, mak pak baru nak siap.. Anak2 dah p beraya dulu... lepas tu, bila yang nak bergambar?? Pastu kalut2 p umah PIL plak.. Dh smp umah PIL aku tu, beraya ngan smua, terus makan.. Lepas tu, kalut2 plak, p plak raya umah parents aku.. Mmg xdak la gambar raya.. Frust mak tau!!!!....... Yg ada kat fb aku tu pun,anak sedara aku yang amik.. tu pun candid je...
Syawal pun nak habih dah.... aku x buat open house pun.. Sapa2 yang mai raya umah aku, aku nnt prepare la masak apa yg patut... Masa raya ke3, kawan2 cik hubby tiba2 nak mai raya kat umah. Depa pun bukannya nak habaq awai2 kata nak mai beraya, pkl 3 ptg baru hbaq, time tu aku dok ada umah abg aku sbb dia pun buat open house hari yg sama. Kalut la time tu p market.. Dh p market tu, igt ada la ikan ka udang ka, udang tu ada, tapi mahal nak mam....... Sekilo RM70, tu pun dapat 14 ekor ja... Gila ka apa ka.. Round lagi dalam market tu, ada la ikan pari, Last2 amik la ikan pari tu, Aku buat asam pedas, cendawan goreng tepung ngan ikan pari goreng.. Yang tu ja.. Ko mampu raya2 masak asam pedas...???? Belasah ja la.. Janji kena muliakan tetamu... Habih jugak la masak asam pedas tu. Kawan2 cik hubby pn makan bertambah2..
Cuti raya pn aku amik sehari ja.. Hari isnin 12/8/2013.. tu pun sbb taska n tadika kembar bercuti. Kalau x, aku dah mai keja dah raya ke 5 tu.. Aku ngan cik hubby orang penang, nak balik kampung pun boleh jalan kaki.. So tiap2 tahun mmg xkan timbul masalah berebut nak balik kampung sapa...
Tu ja la kot yang aku nak crita.. ada lagi, tapi nnt2 plak la.. meh nak tepek pic kembaq masa raya baru ni...

 Ni si adik, tgh makan biskut raya... depa la dok bagi perabih biskut raya...

Ni plak, si kakak.. Gheja nak malawa ja.. Mak dia x pandai nak melawa. Ikut sapa la ni...???

ok la, bai.....

17 May, 2013

Putu Mayam @ Mayong Goreng

Putu Mayam @ Mayong Goreng

Kali ni nak aku nak share resepi putu mayam @ mayong goreng.. Selalunya ramai orang akan makan putu mayam ni dengan nyok(kelapa) atau gula merah.. Tapi, berlainan plak ngan family aku. Kami makan ngan nyok/gula merah,tapi boleh kira ja brapa kali yg makan camtu.. Ok la,kita check resepi ye,,

Bahan-bahan:
Putu mayam - selalu En suami beli RM5
2-4 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dihiris
Beberapa tangkai cili kering- digunting
Sebiji telur
Garam
Sedikit rempah briyani

Cara-cara:
-Mula2 leraikan putu mayam ngan tangan.. Bagi putu mayam tu berkecai-kecai (nnt senang nak goreng nnt, tak berketul)
-Panaskan kuali, letakkan minyak sapi dalam kuali,dah bau wangi, masukkan bawang besar yang telah dihiris.
-Kemudian, dah nampak bawang tu layu, pecahkan telur ke dalam kuali.. Lepas tu,masukkan putu mayam tadi.. Masukkan sedikit rempah briyani dan sedikit garam. Kacau putu mayam tersebut sampai hancur.. Akhir sekali,masukkan cili kering yang telah diguntung tadi.
-Siap la putu mayam @ mayong goreng

Ni la rupa putu mayam @ mayong goreng yg aku buat..

Nota
* Putu mayam @ mayong goreng ni enak di makan bersama ngan gulai ayam. Hari tu aku buat Ayam Kashmir makan ngan putu mayam goreng ni. Sedap...
* Jangan letak garam banyak sangat sebab putu mayam ni pun dah ada garam, nnt kalau letak banyak sangat garam, masin plak putu mayam ni
* Jangan letak rempah briyani banyak nnt jadi pahit plak putu mayam ni..

Ok la, selamat menjamu selera dari resepi ku ni.. 
PELIK TAPI SEDAP!!!! hehehe

25 April, 2013

Percutian yg dah basi

Salam semua... Hai... Ya Ampun,lama gilos aii tak hapdet blog aii ni.. Kat sebulan lebh jugak la.. Mood nak berblogging tu dah down sgt2.. Rasa cam nak becerita,tapi malas.. Malas nak taip,lepas tu plak, rasa cam byk cerita nak hbq.. Tak tau nk mula yg mana dulu... Hehe... Tu la kan, biar entry tertangguh, camni la... hehe...

Ok la, aku nak mula cerita pasai percutian kami bulan lepas p.. Kami p Jakarta/Bandung..
Aku p ngan family mertua aku.. Ni kiranya 1st time la aku ngan kembar nek flite.. Jakun jap la wei.. Takut pun ada.. Hehe... Kitaorg take off on Sunday 10/2/2013 @ 2145 n touch down kat Jakarta pkl 12 tgh mlm waktu tempatan.. Jam Indon ni lambat sejam dari Malaysia...

 Bergambar di airport Penang

My cheeky girl

Kasih seorg bapa.. Sayang ba ketat!!

Sampai ja kat airport Jakarta tu, lapaq sgt2... Ngan si kembar nak ayaq, yg aku plak tak bawak botoi ayaq depa.. Nasib baik la, sampai Jakarta tu, kami punya pak supir udah nunggu.. Kami naik coaster.. Selesa sgt.. Malam tu jugak la kami ke Bandung.. Perjalanan dari Jakarta ke Bandung amik masa 3 jam kot.. Dok dlm coaster ja, smua pakat letih, Lepas tu, singgah kat RnR kat sana, ada KFC open 24hrs.. Redah ja makan KFC tgh2 mlm.. Lapaq punya pasai.. Lepas tu, sambung balk perjalanan ke Bandung.. Around pukul 0330 kami sampai ke Bandung. Pak Supir kami tu bawak p dok umah cam homestay dulu sementara nak check in hotel esok pagi tu.. Aku pun tak ingat la tempat tu nama apa.. Mmg sejuk sgt kat umah tu.. Kalau cakap siap boleh kuar asap lagi.. hehehe...

11/2/2013
Semalam tu kan tdoq lmbt, bgn plak awai.. Pak supir tu pun dah tunggu kami. Pukul 10 pg kena keluar sbb nak p Pasar Baru. Kena angkut ngan beg2 semua sbb nak dok hotel plak.. Breakfast semua penjaga umah tu sediakan.. Aku tak makan pun, sbb rasa cam tak lalu nak makan makanan depa lagi.. Destinasi pertama terus ke Pasar Baru.. 

 Sebelum masuk ke Pasar Baru.. Ada banyak lot kedai kat luar tu...

Shopping kat Pasar Baru. Aku tak shopping apa sgt pun. Cuma beli kain meter n satu suit skirt ngan blouse.. Yg tu ja aku beli kat Pasar Baru. Shopping baju bandung kat budak2 dorang tu.. Aku pelik sgt sbb masa p Pasar baru tu, cam tak dak nafsu nak shopping.. Biasa2 ja.. Telekung pun tak beli.. 
Mungkin sbb kalut nak tgk budak2 tu, tu yg aku cam malas nak beli apa2. Kena jaga budak dorg tu btoi2. Dh la p tempat org, buat hilang anak aku, mau menangis aku tak situ... 

 Tambah lak si adik ni nak soh dukung ja, penat mak nak... Cam nak patah pinggang aku dukung budak ni.. Yg si kakak plak,tak mau langsung kat mak dia.. Nak aunty ngan tok chu ja.. Selamat skit.. Hehehe...

Tgk tu, aku cam nak terlentang ke belakang dah dukung budak ni.. Penat wooo!!!!

Dah penat kan, ngan aku tak breakfast apa pagi tu, mmg dok mai ketaq dah.. Lapaq sgt...
Apa lagi, p makan la.. Kami makan nasi padang..

Makanan kat kedai ni ok jugak.. Sedap.. Ka sbb aku lapaq tu rasa cam sedap ja... Kalau tak caya hampa boleh tgk pic bawah ni...
'
'
'
'
 '
'
'
 Licin kami makan.. Hahaha... Yg tak bestnya, air mai lepas kami dah hbh makan... Lepas makan, kami terus check in hotel. Kami tinggal kat Hotel Guntur.

 Masa baru sampai kat hotel. Dok tunggu nk check in.. Time ni penat dh sbb baru ja balik dari Pasar Baru..

Katil ni kami 4 beranak tdoq... hehe.. Ok la hotel ni. Berdekatan dengan Kartika Sari.. tapi tak p pun Kartika Sari sbb aii is tensi ngan kembar.. Hahaha... Pak supir dah bgtau pukul 4 nnt tunggu kat lobi. Nak bawak p pusing2 bandar Bandung, Kami ni ikut ja la.. Siap kembar cepat2.. Masa p Bandung ni, time nap depa pun dah jadi haywire..  Depa tidoq pun sat2 ja kat dlm coaster.. 
Masa nak jalan2 kat tempat area bandung yg femes tu, aku tak turun pun, Aku dok dlm coaster ja sbb si adik baru ja tdoq.. Satg kalau aku gerak, mau nangis satg, so biaq ja la. Aku ja la tunggu si adik dalam coaster.. Yg lain2 depa pakat jalan2 la. Sbb aku tak turun time ni, aku pun tak tau nama2 jalan kat situ smua. Lepas tu, kami p makan mlm plak.. Kat Kedai Belacan.

Kedai ni best!! Sedap makanan kat situ.. Kat sini jugak la,kami celebrate bday SIL aku.. Surprise kan dia... Dan kat sini jugak la air mata aku menitis gara2 si kembar.. Kan aku hbq tadi depa tak tdq sat2 ja, lepas tu, dah mlm, depa buat angin la.. Aku jadi tensi sgt!!! Rasa cam nak balik penang malam tu jugak.. Hahaha.. Bawak anak kecik p berjalan ni, mmg la perlukan kesabaran yg tinggi...

 Time ni, dua2 dh ok.. Kena layan ja apa yg depa mau...

 Aku makan  x hbh pun sbb mungkin perut dah masuk angin kot... Sambung


12/2/2013
Aku dah tak ingat p mana plak hari ni.. Hahaha... Tu la lama sgt baru nak update,,,

 Yg ni kami kat Kampung Daun.. Tak makan pun sbb kena tunggu queue.. Just pusing2 dlm Kampung tu ja la.. Masa ni plak si adik dok skit perut.. Nasib baik la bawak ubat semua...

 Tengah tunggu budak ni buat kerak telur.. Sedap jugak... FIL beli 2, berebut makan. Lepas tu, kami p makan nasi padang lagi, Aku dah jemu makan nasi padang. Restoren ni kat sebelah rumah mode. Pic kat Rumah Mode tak dak sbb jalan2 saja. Malas nak shopping kat situ,org ramai gilos ok... Tambah si adik plak sakit perut. Lagi la rasa cam nak balik hotel la tu jugak..
Actually, kami ada singgah p Tangkuban Parahu.. Disebabkan camera dah kehabisan battery, so snap pic pakai DSLR SIL ja.. 

13/2/2013
Kami tidor di Hotel Cianjur dekat Puncak.. Ya Allah, mmg sejuk sgt.. Syok oo... Kat Puncak ni tak dak apa sangat.. Biasa2 ja.. Ni la hotel yg kami menginap tu.
 



Lepas tu, pagi tu kami bertolak ke Taman Safari Bogor.. Blh bagi makanan kat haiwan secara live. Semua haiwan kat sini berkeliaran. Kita cuma dok dlm kereta n bagi carrot ja kat haiwan2 ni.. Mmg luas sgt Taman Safari ni, Mcm2 ada dalam taman ni, berbaloi la ngan harga tiket nak masuk..




14/2/2013
Dari Bogor kami terus ke Jakarta plak. Ni kira malam akhir la di Indon..Kami menginap di Amaris Hotel.. Tgk hotel ni ok la.. cantik jugak..

 Ni baru sampai kat hotel. Dok tunggu bellman angkut barang2 kami. Nampak tak kat belakang tu?? Hehe.. Mmg banyak...


 Aku mmg tak puas hati dok hotel ni.. Ya Ampun, punya la kecik bilik ni. Mana la nak cukup untuk kami 4 beranak.. Aku masuk2 bilik ni, rasa cam tak blh nak bernafas, tak dak udara.. Mmg sempit sgt2..

 Almari pun xdak. Depa buat bahagian kecik ja tempat nak gntg baju smua.. Bilik ni untuk pasangan yg xdak anak blh la..

 Time nk nak check out dah.

 Dok tunggu pak supir angkut beg masuk van..
Lepas check out, pak supir terus bawa kami ke Mangga Dua Square.. Mmg mcm2 ada jual kat situ.. Dan aku rasa tempat ni mmg besaq sgt2... Penat berjalan... 

 Dh smp airport dah time ni.. Nak balik penang dah..

Ok, bye2 Indon...

Yang tu la percutian basi aku.. Dh lama dah p, baru ada masa nak update.. 
k,bye



08 February, 2013

Switch on to holiday mood....

Assalamualaikum... salam semua.. lama gila aku tak hapdet belog... Huhu.. Bukan apa, sibuk memanjang.. Kalau aku tak hapdet berbulan2 pun, bukannya ada org kisah pon... Kannn??? hehe....

Sepanjang cuti raya cina nnt aku n family tak dak kat Malaysia.. We wil going to somewhere which semua org dh pegi,dan aku baru nak p jejak kaki kat sana... Nnt balik dari vacation nnt, aku story mory na...Lagipun,ni la pestime aku nak nek kapal terbang ngan si kembaq.. nasib baik aku ada geng yg tak penah naik kpl trbg... sapa lagi kalau bukan chenta hati mati ku, si kembar yang gojes.. Hehehe...

Korang semua doakan la semoga aku selamat pergi dan balik... 


*google*

Aku akan berlepas on sunday at 2145.... And will be back on thursday evening... kali ni p bercuti lama skit sbb melintasi ruang udara.. hehe....

ok,bye...

01 January, 2013

2013

Entry pertama di tahun baru... hehe... padahal tak dak apa pun..sj buat ramai. ok la semua.. selamat tahun baru...