10 September, 2013

Unplanned Vacay

Okay la, nak crita sat percutian yang tak dirancang ni.. Bulan Jun ritu aku p bercuti. Tarikh tak ingat plak bila yg p.. Plan mula2 tu nak p Padang Besaq, Perlis ja... Ronda punya ronda, macam tak dak apa sangat la kt situ.. Macam takdak apa pun yang menarik, tu bagi pendapat aku la... hehe... Pastu, cik hubby cal kawan dia kat border Padang Besaq, gtau kata nak masuk Siam.. Aku kalau nak p border ni, mmg dah ready pasport smua siap2. Takut jadi camni la, tetiba ja masuk trs negara orang.. Kawan cik hubby pun bawak la kami masuk, dengan kereta dia.. Makan smua kat Padang Besaq Siam, lps tu kawan dia tanya, xmau p Hatyai ka, sejam ja dari sini.. Lps tu, aku pun apa lagi, on je la..
Last aku p Hatyai, 2 tahun sudah, masa tu, si kembar baru 2 tahun sebulan.. Penat habaq hampa bawak budak kecik dua orang masa tu... Lg pun, p pun sat ja masa tu.. Shopping complex mana pun x masuk sbb dah sampai pun dah lewat petang. Tara nak p floating market, nak p sana, p sini,shoping complex pun dah ttp... Tak sempat la nak shopping apa sangat...
Ok, back to my story, lps ja kata dah on, kawan cik hubby pun ararnge la orang yang nak hantar kami ke Hatyai tu. Keta kami tinggai kat kuarters kawan cik hubby.. Pastu, bermula la perjalanan kami ke Hatyai. Sebab tu la aku ada mention awai2 tadi, kalau nak p border ni, kena bawak PASPORT!! Of coz punya la korang akan masuk jugak negara jiran.. Amik masa dalam sejam lebih gak la nak p Hatyai dari Padang Besar... Sebab ada traffic jammed skit kat jalan sana.. Driver tu cakap, kalau masuk kok Bukit Kayu Hitam, lagi dekat la.. Waktu depa lambat sejam dari waktu kita.. Aku sampai Hatyai pukul 2 petang camtu (waktu malaysia).. Dah sampai, p cari hotel dulu.. Tapi, aku x susah hati sgt sbb bukan time peak season.. So, anytime je la ada bilik kosong. Lepas tu, kami p balik hotel yang kami penah dok dua tahun lepas..


The Regency Hotel.. Hotel ni satu malam dlm 90ringgit camtu.. Duit siam brapa tah, aku pun dah lupa... Percutian dh 3 bulan lepas, x brapa nak ingat la.... Cik hubby amik twin deluxe, untuk satu malam ja. Kenapa kami memilih hotel ni?? Sebab hotel ni berdekatan dengan pasar malam depa tu.. Dekat ja pun.. Hotel ni kat area Lee Garden Hotel ja... So mmg senang nak p mana2 pun.. 

 Bilik ni yang kami dok 2 tahun lepas, mmg x cukup la untuk 4 org kami... cik hubby kena tidoq kat bawah..

Bilik ni lak yang kami dok baru2 ni.. Katil sorang satu. Dan sorang satu amik anak.. Ok la bilik ni, walaupun siling dia cam ada kesan kuning skit mgkn sbb piping depa kot... Hehe.. Bilik air pun bersih, and yang bestnya, si kembar punya sronok sbb ada bath tab... Sat2 depa nak mandi..Pool pun ada kat hotel ni, tapi untuk dewasa ja.. Nan hado untuk pool kanak-kanak... So berkolam la anak-anak aku kat dalam bath tab ni...

 Sat2 depa nak mandi 'kolam'.. nasib la ada heater, so x la aku risau kalau depa selsema ka apa ka...

Dah bagi anak2 berendam dalam 'kolam' ni, siap2 depa, ajak p makan. Lapaq.. Last kami makan masa kat Padang Besar tu ja.. Lepas tu, dalm pukul 5 petang, waktu tempatan, kami p la ronda2 kat area bawah tu.. Ronda punya ronda, last beli ja makanan tepi jalan, yang depa dok goreng ayam, udang tu smua. Sedap la jugak.. Beli nasi goreng biasa, beli ayam, udang goreng tadi, n makan kat hotel.. Lepas tu, solat smua, dalam pukul 8 lebih camtu, kami keluaq lagi... Masa ni, dah suasana malam dah..


Abaikan ja la muka aii yang berminyak itu.. Masa ni pun dah belengas dah pun.. Cuaca cam panas skit kat Haytai ni walaupun malam... Nampak tak muka kami anak beranak cam gelap skit, aku pun xtau la anak2 aku p setting apa. Bila dah amik gambar, lepas tu baru perasan yang muka gelap.. 
Kami p jalan2 ja la kat Hatyai ni.. Floating Market pun x p sbb dah penah p.. So jenjalan kat area Pasar Malam depa ja la.. Balik bilik dalam pukul 11 lebih camtu.. Lepas tu, trs kroooiihhh...................... 
Sbb penat...........

Dok esok pagi tu, pagi2 dah bangun p cari makan pagi.. Jalan2 jumpa la Kedai Hameed tu, tapi x p makan pun sbb dah search dalm internet kedai ni tak sedap dan mahal.. Aku tak kisah kalau mahal, tapi kisah kalau xsedap.. So, kitapangkah kedai ni laju2.. Jalan depan kedai tu pun, cam xdak orang pun.. So jalan lagi, p la Salma Halal Restaurant.. Macam2 makanan ada.. ramai gak orang.. Depa pun boleh speaking melayu tau..

Aku ngan anak no 1 kat Salma Halal Restaurant.. Sedap roti canai telur n kari ayam hijau.. Kari depa ni rasa cam rendang skit.. Sedap la... 
Lepas tu, cik hubby tanya nak p x Kim Yong Market (pasar pagi).. Aku pun on je la... so p la kami ke pasar pagi. Masa pegi ni tak naik tuk tuk, naik vios.. Dia amik 100 baht camtu.. So dia hantar sampai ke depan kompleks pasar pagi tu... Ronda2 ja la.. Aku tak beli apa pun, anak2 ja la menjerit2 nak baju tidoq. So beli sorang 2 lai.. Lepas tu, balik la hotel balik. Masa ni si kembar dah nangis2 nak naik tuk tuk.. Aku x mau sbb nak balik ngan vios, mengada btoi.. Lastly, mak la kena mengalah ngan anak2...

 Masa ni mak kembar steady lagi.. Boleh la nak posing ngan ank2...

Mak kembar terpaksa dalam rela naik tuk tuk ni...hehe...

Aku turun2 ja dari tuk tuk ni, terus pening.. Jalan pun xbtoi dah.. melelong2.. Sbb tu la aku xmau naik tuk tuk ni, bukan sbb perasan nak naik keta besh.... Lepas tu, balik hotel kemas2 baju, mandi manda, siap smua, nak check out awai sbb nak p jenjalan kat mall plak.. Driver yang hantar kami tu janji nak mai pukul 2 waktu tempatan.. So ada masa, kita shoppping.. Mula2 p Lee Garden Plaza.. ronda2 amik gambar smua..



Ni semua pic dalam Lee Garden Plaza.. Lepas tu, p singgah mall kat depan Lee Garden ni. Aku tak hengat la plak nama apa mall tu. Shopping baju anak2 ja kat mall tu.. Sblm balik, singgah balik kat Salma Restaurant tu, makan tengahari plak.. Dok sat, driver tadi pun mai la.. Dia hantar kami sampai ke kuarters kawan cik hubby, Amik kereta, trs vrrooommmmm balik penang....

Yang tu la Unplanned Vacay kami..

Tips kalau nak pergi bercuti tanpa dirancang:
  1. Kalau pergi bercuti di negeri Perlis, Kelantan, Terengganu or Johor, pls bring ur PASSPORT.. Sebab kita secara tak sengaja akan masuk punya negara jiran kita (Thailand/Singapore).. Kalau tak masuk pun xpa, bukan apa, untuk tujuan keselamatan saja...
  2. Be prepared to bring all stuffs... ie extra baju, pencuci muka, deodorant, bedak, pakaian kecik molek, kalau ada anak2 kena bawa la baju depa lebih skit.
  3. Ubat-ubatan mmg kena spare ie panadol, ubat demam kanak-kanak, mopiko, balm n sewaktu dengannya.
Yang tu ja kot yang boleh aku gtau.. kalau ada nnt pandai2 la korang tambah.. 
ok,chow dulu!!
 

No comments:

Post a Comment